Umum sedia maklum, pelakon jelita yang juga pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman atau lebih mesra disapa sebagai Mira Filzah kini sudah jarang dilihat menghiasi kaca televisyen selepas mendirikan rumahtangga.
Malah, sejak bergelar ibu kepada seorang cahaya mata pelakon dan pengacara popular berusia 30 tahun itu dilihat cuba menyeimbangkan masa diantara karier dan juga keluarga kecil yang dimilikinya.
Kemunculan semula Mira dalam drama yang pernah menjadi fenomena tahun ini, berjudul “Imam Instant Ustazah Scammer” boleh diibaratkan sebagai ubat rindu kepada para peminatnya dan mendapat sokongan penuh keluarganya.
Karier Lakonan Akan Berjalan Seperti Biasa Atas Sokongan Kedua Belah Keluarga!
Dalam temu bual bersama MH, Mira melahirkan rasa syukur kerana dapat meneruskan kerja dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah keluarga.
Perkahwinan dengan Wan Khair Emir selama tiga tahun ini sedikit sebanyak mengubah kerjayanya. Di tambah pula dengan kehadiran anak sulungnya, Wan Khair Amir yang kini mencecah usia setahun lebih.
Ads
Ternyata ibu dan ibu mertuanya memberi reaksi berbeza terhadap idea Mira berlakon semula.
“Mak mertua dan mak Mira ni dua-dua berbeza sedikit, sebagai contoh Mak mertua career driven, dia macam takpe ambil je shooting mana-mana, lama-lama pun takpe jangan risau about Amir siapa jaga dia, don’t worry go achieve, dia suka kita busy, kita kerja” ujar Mira.
Go For It! Ini Masa Untuk Menyinar
Ibu mertua Mira, Datin Mastura Yazid, memberikan sokongan penuh kepada Mira agar dia dapat meneruskan kerjayanya dan tidak perlu risau tentang anaknya.
Ads
Pelakon yang mula popular dengan drama Cinta Si Wedding Planner ini berkata, sebelum menerima tugasan berlakon drama terbarunya itu, dia bercakap dengan ibunya dan bertanyakan pendapatnya.
“Masa mula-mula Mira dapat job lakonan terbaru, balik-balik Mira bincang dengan mak Mira, okay ke nak ambil ni? Amir masih kecil lagi
“Kalau macam mak, mak akan support je apa Mira nak buat, apa pun keputusan Mira dan kalau perlukan bantuan mak, maklumkan
“Kalau mother-in-law Mira, just go for it. It’s time for you to shine,” Katanya.
Ads
Mempunyai reaksi yang berbeza tetapi kedua-duanya akan sentiasa menyokong kerjaya Mira walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Sekadar info, Mira berkahwin dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki Wan Khair Emir yang dilahirkan pada 10 Mei tahun lalu.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Putera Harry dan Meghan Markle, The Duke And Duchess Of Sussex membuat keputusan mengejutkan apabila mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Instagram, memaklumkan mereka bakal berundur daripada sistem keluarga Diraja England.
Menerusi kenyataan terbabit, pasangan ini mengumumkan akan melepaskan takhta sebagai ahli senior dalam Keluarga Diraha dan akan bekerja mencari sumber kewangan sendiri bagi menyara kehidupan.
Bagaimanapun, pasangan ini tetap akan akan terus menyokong Ratu England.
Menurut muat naik tersebut, pasangan diraja ini mempunyai perancangan ini menyeimbangkan kehidupan di United Kingdom dan Amerika Utara demi membesarkan anak dalam tradisi diraja sebenar.
“After many months of reflection and internal discussions, we have chosen to make a transition this year in starting to carve out a progressive new role within this institution. We intend to step back as ‘senior’ members of the Royal Family and work to become financially independent, while continuing to fully support Her Majesty The Queen.
“It is with your encouragement, particularly over the last few years, that we feel prepared to make this adjustment. We now plan to balance our time between the United Kingdom and North America, continuing to honour our duty to The Queen, the Commonwealth, and our patronages.
“This geographic balance will enable us to raise our son with an appreciation for the royal tradition into which he was born, while also providing our family with the space to focus on the next chapter, including the launch of our new charitable entity.
“We look forward to sharing the full details of this exciting next step in due course, as we continue to collaborate with Her Majesty The Queen, The Prince of Wales, The Duke of Cambridge and all relevant parties. Until then, please accept our deepest thanks for your continued support.” – The Duke and Duchess of Sussex,” kongsi mereka.
Menurut laporan CNN, Queen Elizabeth dikatakan sangat kecewa dengan tindakan tersebut, malah pengumuman tersebut didakwa tanpa mendapat persetujuan dan nasihat.
Foto : Instagram The Duke & Duchess Of Sussex
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam pada itu, Raden yang comel bersinglet putih dan blangkon (songkok) kelihatan tenang dan tidak banyak meragam, sebaliknya dia sentiasa tersenyum tatkla gambarnya dirakam menerusi lensa kamera.
Pelakon Zahirah MacWilson atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Zainol MacWilson telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon berusia 24 tahun itu telah berkongsi gambar ibunya dan meluahkan rasa rindu terhadap ibunya, Maslinda Yusoff setelah hampir 7 bulan tidak bertemu bersama ibunya.
“I miss my mum almost 7 months tak jumpa. Habis shoot je kakak balik Perth okay mum Love you lots” tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu telah menjadi perhatian netizen setelah melihat wajah ibu Zahirah yang kelihatan sangat cantik dan muda.
Alahai, cantik betul wajah ibu Zahirah. Patutlah Zahirah kelihatan sangat cantik, sebab wajah ibunya pun cantik. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Ibu Zahirah kini sedang menetap di Perth, Australia.
Foto : Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan penyanyi popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian sudah sah bernikah semula pada 27 Disember 2024 setelah pernikahan mereka pada 10 Mei tahun yang...