Pelakon Mira Filzah akhirnya berkongsi berita bahawa dirinya kini sedang hamil anak pertama.
Sambil memanjatkan rasa syukur, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28 turut memaklumkan usia kehamilannya kini hampir memasuki fasa trimester ketiga.
Berita gembira itu dikongsikan bintang cantik ini menerusi hantaran terkininya di Instagram, sebentar tadi.
“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.
“As with everyone who have wishes and plans to build a family, we also have our own personal experience of the highs and lows throughout our own journey so far.
“Let it be known that we feel and pray only the good for everyone too. But surely it is only with Allah’s knowledge and ultimate wisdom, lies what is good and best for each one of us, in time and in place. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang,” tulisnya.
Hantaran sama turut dikongsikan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, menerusi aplikasi sama.
“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA,” tulisnya lagi.
Serentak dengan perkongsian yang dimuat naik, rakan selebriti dan peminat tidak putus-putus melayangkan dedikasi serta doa yang baik-baik buat mereka.
Untuk rekod, Mira dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Pasangan sama cantik sama padan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 16 Julai tahun yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.