Kehangatan penganjuran persembahan pentas dan konsert kembali rancak selepas dua tahun terhenti akibat pandemik Covid-19.
Terbaharu, konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dibanjiri lebih 25,000 peminat setianya pada malam Khamis.
Penyanyi Misha Omar tidak ketinggalan berkongsikan momen anak sulungnya, Muhammad Adam Emir serta sepupunya yang menghadiri konsert tersebut menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.
Secara berseloroh, Misha berkata dia tidak menyertai anaknya menonton konsert tersebut kerana sudah puas berseronok melayan konsert Anuar dan Ziana Zain yang diadakan pada 6 Ogos lalu.
Ads
“Cik Billie Billie Eilish, anak-anak Kak Mitch dengan Kak Mimie (kakak Misha Omar) pergi tengok konsert awak malam ni (Khamis) tau.
“Kak Mitch dengan Kak Mimie tak ikutlah sebab hari itu dah berdendang sakan dekat konsert kak Ziana & Anuar Zain.
“Lepas ini nak layan konsert Syamel-Ernie, lepas itu bulan November nanti nak tengok konsert Datuk M. Nasir dengan MPO pula.
Ads
“Hidup ni macam itulah dik…mak mak enjoy, anak pun kena enjoy,” tulis Misha.
Sementara itu, menerusi ruangan komen ada peminat yang mengajak Misha untuk pergi menonton konsert kumpulan K-pop popular, Blackpink yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil pada bulan Mac tahun hadapan.
Misha memberikan respon dia kini sedang ‘menabung’ untuk membeli tiket konsert satu lagi kumpulan K-pop terkenal, BTS sekiranya mereka benar-benar akan singgah ke Malaysia untuk konsert jelajah nanti.
Ads
“Blackpink tak mahu, BTS akak (Misha) dah menabung untuk tiket kakak dan anak-anak,” balas Misha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini Nora Ariffin di akaun Instagram, Nora telah berkongsi satu video bersama pengikutnya.
Rakaman video tersebut Nora atau nama sebenar Wan Nora Afiza Ariffin telah memberikan kata-kata nasihat kepada peminat.
Kongsi Nora, janganlah sesekali kita untuk berasa marah dan menolak ketentuan Yang Maha Kuasa.
Malah, penyanyi yang berusia 45 tahun itu menasihati untuk kita sentiasa rehda dengan setiap dugaan yang berlaku.
“Sekadar berkongsi dan menjawap soalan2 yg selalu ditanya.Kita semua byk kekurangan, kelemahan & dosa.Termasuklah diri saya sendiri .Nasib manusia tak sama. Ada yg selalu hidup senang…tak pernah rasa susah”
“Ada yg selalu susah…jarang hidup senang Namun….kita WAJIB BERSYUKUR diatas setiap pemberian Allah…Sedikit ataupun byk..Allah Maha mengetahui.”tulisnya.
Rata-rata peminat yang menonton rakaman video tersebut berseteju dengan kata-kata yang dilontarkan oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu Dipersimpangan Dilema.
Semoga Nora terus cekal dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.
Video : Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fasha Sandha yang kini bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz baru sahaja memuat naik beberapa keping foto menerusi entri terkininya di Instagram.
Pelakon Teratai Kemboja itu berkongsi momen indah dirinya yang kini sedang berbulan madu bersama suami tersayang.
Lebih menarik, sesi percutian itu juga turut disertai oleh ahli keluarganya yang lain memandangkan sebelum ini, keduanya mengisi masa berdua ketika berbulan madu selama beberapa hari.
“Siapa lagi sini seperti saya? Sepatutnya berdua je dengan suami, tiba2 tukar plan, Honeymoon bawak family. Sebab kami berdua mmg sejenis suka ramai2 dan suka masa dengan keluarga, jadi semua honeymoon sama2.
“Tempat ni adalah tempat yang terbaik untuk honeymoon/ jalan2/dan tenangkan minda yang penat,” tulisnya sambil merakamkan penghargaan kepada lokasi percutiannya kali ini.
Pendakwah selebriti dan doktor pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad bersikap tenang dan positif apabila Instagramnya telah di godam pihak tidak bertanggungjawab.
Menerusi video yang dirakamnya baru-baru ini, Prof Muhaya memohon doa ramai agar platform dakwahnya itu dapat dikembalikan semula.
“Saya dapat ujian kehidupan mengenai media sosial Instagram. Di situ, saya selalu berkongsi ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai.
“Instagram juga merupakan satu medan dakwah saya telah pun digodam.
“Jadi saya dah maafkan orang itu dan mendoakan agar dia diberi hidayah untuk tidak buat perkara itu lagi,
“Harapan saya agar pengikut seramai 864,000 mendoakan supaya Instagram saya dapat dikembalikan semula,
“Saya tidak akan berhenti di sini, saya juga akan berkongsi video menerusi Facebook saya,” kata Prof Muhaya tenang.
Video tersebut turut dikongsikan pelakon dan model, Nur Fazura.
“Satu reaksi yang baik apabila kita mendoakan orang yang buat tak baik pada kita,
“Saya turut mendoakan semoga orang yang bertanggungjawab menggodam account Instagram @profmuhaya segera mengembali kan account beliau dengan cara baik, InsyaAllah saya yakin Prof Muhaya akan ampunkan,
“Banyak yang masih ingin beliau kongsikan dan kami juga perlukan kata-kata motivasi beliau. InsyaAllah saya doakan di hari Jumaat yang barakah ini semoga dipermudahkan. Jom sama-sama kita doakan ya? Amin,”tulis Fazura.
Terdahulu, aktor Fizo Omar turut terkesan dengan Instagram Prof Muhaya Mohamad yang telah digodam baru-baru ini.
Video : Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...