Usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri melancarkan sebuah program baru, Akademi A-Comel yang mengumpul 12 orang peserta di kalangan mereka yang mengalami masalah obesiti untuk sama-sama menjalani gaya hidup sihat seterusnya mendapatkan bentuk tubuh ideal.

Katanya kepada MH, program yang bakal berjalan selama tiga bulan itu antara lain adalah bertujuan untuk membuktikan golongan sedemikian juga punya motivasi dan semangat untuk berubah, seterusnya membina keyakinan dalam diri.

“Kami tubuhkan Akademi A-Comel ini kerana saya melihat ramai yang berbadan comel yang ingin lakukan aktiviti sihat misalnya mahu ke gim, akan tetapi ia terhalang kerana dihina segelintir pihak.

“Jadi ada yang rasa malu. Bila ada akademi sedemikian, mereka berkumpul dan seterusnya bina keyakinan diri dan semangat,” katanya yang mendapat lebih 5,000 peserta yang ingin mendaftar di akademi tersebut.

Jelas Aliff lagi, minimum berat para peserta adalah seberat 110kg dan maksimum 300kg. Usahawan ini ditemui pada majlis pelancaran Akademi A-Comel di Sugeh Resort, Sungai Buloh pada Selasa.

Aliff pada masa sama turut memberitahu, pelbagai kriteria turut diambil kira bagi menyertai A-Comel, seperti tidak malu untuk berkongsi cerita di hadapan lensa.

“Tapi kebanyakannya tidak mahu berada di depan lensa kamera. Malu dan tak mahu ke depan. Jadi yang terpilih ini, mereka tidak rasa malu-malu untuk ketengahkan wajah mereka.

Ads

“Dalam tiga bulan berada di akademi, mereka perlu mengikuti aktiviti sihat yang telah disediakan. Jadi mereka akan disingkirkan setiap minggu, bergantung kepada undian mereka menerusi Facebook selain perubahan berat badan.

“Hadiah keseluruhan pula bernilai RM15,000,” akui Aliff yang berhabis kira-kira RM1 juta termasuk kos produksi dan pengiklanan demi A-Comel.

Ditanya mengenai akan timbul isu ‘body shaming’ atau eksploitasi selepas ia ditayangkan, Aliff ada jawapannya sendiri.

“Gemuk tu bahasa kasar, saya tidak kata mereka gemuk tetapi comel. Apa yang saya ingin tonjolkan di sini ialah, kebanyakan program yang ada sekarang adalah untuk lagu serta lakonan sahaja. Tapi tiada ada pertandingan yang sedemikian.

Ads

“Niat saya satu sahaja, nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia, amalkan gaya hidup sihat dan di akademi A-Comel itu nanti, ada CCTV yang akan awasi mereka 24jam tanpa telefon bimbit.

“Mereka akan didenda kalau mahu tarik diri. Malah peserta yang menyertainya juga adalah di kalangan yang mempunyai kerjaya yang baik.

“Kami tidaklah menjanjikan mereka mesti turun berat badan akan tetapi, apa yang kami target ialah sekurang-kurangnya minimum ada penurunan antara 5 hingga 15 kilogram dalam masa sebulan.

Ads

Misi Bantu 12 Individu Berat Mininum 110kg Turun Berat Badan, Aliff Syukri Lancar Akademi A-Comel

“Orang badan comel pun nak sihat, mahu ke depan. Apa yang boleh saya kongsikan pengalaman pahit mereka, ada kena cerai, ada yang susah nak pakai baju dalam sebab terlalu besar, kulit berpalik dan sebagainya.

“Jadi momen tersebut saya kongsikan kepada publik untuk masyarakat nampak juga sisi mereka yang berbadan comel ini jangan pandang rendah dalam A-Comel.

“Malah, peserta yang terpilih juga diwajibkan untuk bertemu dengan doktor bertauliah terlebih dahulu. Kami akan ketahui status kesihatan mereka dahulu.

“Jangan lupa saksikan episod pertamanya yang bermula hari ini, jam 8.00 malam, setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat di saluran YouTube TV Terlajak Laris ,” kongsi Aliff yang sasarkan tontonan lebih sejuta tontonan di platform media sosial.

https://www.instagram.com/p/B4fGXlmppig/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI