Definasi wira bagi setiap orang adalah berbeza. Sejak kecil, kita sering menganggap sosok wira ini sangat berkait rapat dengan watak adiwara yang sering dipaparkan di televisyen.
Namun, wira di dunia sebenar ini tidak memerlukan kuasa luar biasa pun untuk membuat kebaikkan. Orang-orang baik ini sanggup menghulurkan bantuan tanpa mengira situasi susah atau senang.
Tanpa kita sedari, tindakan mereka ini akan memberikan kesan terhadap kehidupan kita untuk turut sama berbuat baik dengan orang lain. Bila dunia dipenuhi dengan orang-orang baik, kehidupan akan lebih harmoni dan menghargai antara satu sama lain.
Superhero Tanpa ‘Superpower’
Wira-wira yang tidak didendang ini sebenarnya ada sahaja di sekeliling kita. Bukan sahaja daripada kalangan kenalan rapat, orang yang tidak dikenali pun tanpa segan silu untuk menghulurkan bantuan.
Ambil sahaja contoh melibatkan penunggang motosikal yang sering kali kita lihat di tepi jalan. Bila motosikal kehabisan minyak, mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan bantuan. Apabila motosikal lain yang lalu di kawasan tersebut, sudah pasti mereka akan bantu untuk menunda dengan hanya menggunakan kaki tidak kira betapa jauhnya stesen minyak terdekat.
Malah, ada juga insan berhati mulia yang sanggup menyedia makanan dan kemudahan tandas di rumah mereka sendiri ketika situasi jalan raya sesak teruk ketika musim perayaan. Mereka melakukan perkara tersebut tanpa mengharapkan balasan.
Bukan setakat itu, mereka yang dianggap wira ini juga boleh jadi terdiri daripada kalangan jiran-jiran terdekat. Mereka ini sanggup membantu melihat kawasan rumah saat tuan rumah bercuti atau pulang ke kampung.
Waktu hujan misalnya, mereka sanggup membantu mengangkat kain jemuran dan tumpangkan di rumah mereka dahulu. Malah, jiran-jiran juga akan alert dengan kawasan persekitaran dikala anak-anak kecil bermain di luar.
Kesemua tindakan mungkin terlihat kecil tetapi besar impaknya terhadap diri seseorang.
Jom Calonkan Wira Wonda Anda!
Astro dan Wonda teruja untuk meraikan Wira Wonda Kita. Ini adalah wira wira harian yang sanggup berkorban demi memastikan orang-orang lain berasa senang dan selamat.
Jadi, jom kongsikan kisah kisah wira anda dengan mencalonkan mereka sebagai wira yang paling bermakna dalam hidup anda. Hantarkan penyertaan andadi
www.wirawondakita.com.Lima kisah wira terpilih akan berpeluang membawa pulang RM5,000 untuk anda sebagai pencalon & RM5,000 untuk wira anda. Juga, anda & wira akan diraikan di rancangan MELETOP pada 1 Oktober di Astro Ria (saluran 104).
Mungkin mereka adalah Wira Wonda Kita yang dicari selama ini.
Diinspirasikan oleh Wonda Kopi Kluang baharu. Cita rasa kita, wira kita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.