Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) kelmarin telah memperkenalkan barisan finalis bagi edisi 2024 bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur.
Bagi edisi ini, sesuai dengan moto ‘Beauty Beyond You’, seramai 16 orang wanita yang datang dari pelbagai latar, peringkat usia dan pengalaman dipilih untuk bertanding bagi merebut gelaran sebagai Miss Universe Malaysia 2024.
Sebelum ini uji bakat yang diadakan secara fizikal dan atas talian pada 20 dan 23 Julai 2024 telah dinilai oleh beberapa orang juri profesional dalam industri ratu cantik.
Ads
Mereka terdiri terdiri daripada Eleen Yong selaku Pengarah Nasional MUMO, Datin Wira Livonia Ricky Guing yang merupkan Pengerusi MUMO, dan Elisa Tan yang memegang tampuk Pengarah Beyond Entity Sdn. Bhd.
Kelainan dalam pemilihan finalis tahun ini adalah pemansuhan had umur dan juga status perkahwinan. Ia sekaligus memperlihatkan seorang ibu dan peserta tertua berusia 35 tahun.
Ads
Pemenang Miss Universe Malaysia 2024 akan mewakili negara di peringkat antarabangsa yang dijangka diadakan di Mexico pada penghujung tahun ini.
Berikut adalah finalis tahun ini:-
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan penyanyi adik beradik, Amira Othman dan Irfan Haris.
Irfan kini sedang bersaing dan menjadi salah seorang peserta untuk pentas akhir program realiti nyanyian Big Stage 2019 yang akan diketahui pemenangnya, malam ini.
Lalu, Amira telah menitipkan kata-kata semangat buat adiknya yang bakal membuat persembahan untuk program realiti nyanyian tersebut.
“To my one and only baby @irfannharis all the best for final malam ni. remember to always trust Allah’s plans.
“Do your best, tawakkal, and leave the rest to Him. InsyaAllah ada rezeki for someone as hardworking as you love you!! #honeyhoney,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat juga mendoakan agar rezeki kemenangan berpihak penyanyi yang terkenal dengan lagu Rehda itu.
Sekadar informasi, Irfan bakal berentap di pentas akhir Big Stage 2019 bersama Neeta, Han Byul, Adzrin dan Dinda Permata yang bakal berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam malam ini.
Foto: Instagram Amira Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Hael Husaini menepis dakwaan yang menganggap dirinya ada melakukan pembedahan kosmetik susulan penampilan diri yang dilihat lebih segak dan berketerampilan.
Hael, 34, sebaliknya tidak menafikan dirinya kini lebih menitik beratkan soal penampilan seiring dengan kematangan usia.
“Pasal isu ini, saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi saya, hanya senyum saja. Pada pandangan saya, makin kita meningkat tua semakin pandai kita menjaga diri,” katanya.
Menghargai mereka yang banyak membantu mempersiapkan dirinya, Hael turut mengulas bila ada yang membandingkan penampilannya sekarang berbanding dulu.
“Iyalah kalau nak diikutkan dahulu, mungkin saya tidak berapa bijak dalam penataan gaya, termasuk tidak ada ‘glam team’. Jadi sekarang ia banyak diuruskan oleh mereka yang profesional. Secara tak langsung mungkin ia kelihatan berbeza sedikit berbanding sebelum ini.
“Macam dulu, umpama saya sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri, sekarang sudah ada pasukan yang siapkan. Jadi mungkin boleh dikatakan adalah perubahan itu dari semasa ke semasa untuk saya tampil lebih yakin di depan kamera,” katanya lagi.
Hael juga percaya bahawa seseorang penyanyi itu perlu memastikan penampilan diri tampak lebih bersedia.
“Bagi saya, ia antara kerja dan komitmen. Sebelum ini mungkin saya tidak pernah belajar. Ingatkan sebagai penyanyi hanya ‘berikan’ suara. Cuma bila saya perhati dan belajar melihat selebriti terdahulu bagaimana mereka menjaga penampilan,sudah tiba masa untuk ambil inesiatif sama.
“Ambil berat mengenai perkara sama atau apa sahaja yang melibatkan visual bila berada di hadapan peminat. Ada ketikanya saya bersiap sendiri sahaja. Itu kadang-kadang ada yang jadi dan tidak,” seloroh Hael.
“Saya pun tidak juga bersandarkan kepada mana-mana rujukan. Lebih selesa untuk tampil mengikut keselesaan dan apa yang sesuai sendiri” katanya yang tidak menafikan memiliki pasukan yang bagus menjadi antara faktor kejayaan seseorang penyanyi.
Hael berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Cahaya Festira Festival Ramadan Selangor 2022 yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam pada Rabu.
Festival anjuran PKNS Real Estate (PREC) itu adalah acara tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan.
Festival terbesar ramadan itu turut mensasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani dalam satu kenyataan berkata, pengajuran kali ini membolehkan lebih 500 peniaga menjalankan perniagaan.
Malah pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan artis jemputan. Antaranya termasuk,m Haiza, Nomad, Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie.
Juga dibawakan, persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan di tapak terbuka di luar SACC Mall, atau lebih dikenali sebagai Dataran Barat.
PKNS Real Estate Sdn Bhd(PREC) ialah sebuah entiti khas yang telah ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai cabang pelaburan kepada kumpulan syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fasha Sandha berkongsi gelagat anak bongsunya, Putri Raysha Jemaima yang mengadu kepada gurunya sewaktu pengajian secara talian dilakukan.
Jelas Raysha, dia tidak sukakan pelajaran secara online dan ingin ke sekolah.
Malah Fasha sendiri mengakui sukar untuk anaknya memberikan fokus apabila hanya belajar di depan komputer.
“Ini yang berlaku almost everyday from Monday to Friday. Susah nak focus dengan online classes dia, ibu kena teman all the time.
“Nasib baik cikgu2 depa semua penyabar, kalau ibu ajar maka jadi singa lapar. Anak ibu masih kecil baru 5tahun+.
“Takpe ibu temankan selagi mampu ya sayang. Rayfal dah boleh fokus Alhamdulillah.
“Cepatlah #covid19 pergi… anak2 pun dah rindukan sekolah… kalau ibu pun tak berapa gemar online studies, inikan pula anak2 kan? #iburayfalraysha,” kongsi Fasha.