Semalam, organisasi Miss Universe Singapore (MUS) telah memperkenalkan kepada umum 15 orang finalis yang bakal berentap dalam pertandingan berprestij yang diadakan sejak 1953 itu.

Pemenang tahun ini akan menerima gelaran Miss Universe Singapore 2024 sekaligus mewakili negara kecil itu ke peringkat antarabangsa.

Berada di bawah pengurusan berbeza tahun ini, MUS menyaksikan pelakon dan hos asal Malaysia, Datin Elaine Daly duduk di kerusi Pengarah Kebangsaan.

Datin Elaine Daly

Tahun ini juga MUS mengambil pendekatan sama seperti ideologi yang dibawa oleh organisasi induk mereka iaitu Miss Universe.

Oganisasi tersebut membenarkan wanita berusia 18 tahun ke atas tanpa had umur, status perkahwinan dan juga terbuka untuk transgender yang sudah mendapat status wanita secara sah.

“Pertandingan Miss Universe sekarang sangat inklusif, dan Singapura telah menerima perubahan itu,” ujar Elaine Daly yang merupakan Miss Universe Malaysia 2003 kepada media tempatan.

BACA JUGA: Miss Universe Malaysia Perkenal 16 Finalis Bagi Edisi 2024. Siapa Paling Layak Wakili Negara?

Salah seorang peserta dalam edisi kali ini ialah Adelene Stanley yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu.

Wanita berusia 29 tahun ini merupakan seorang pensyarah adjung dalam bidang tarian di Akademi Seni Halus Nanyang bercerai pada 2023 ekoran kecurangan suaminya.

Qatrisha & Adelene berdiri paling kiri.

Selain Adelene, peserta yang mencuri perhatian ramai adalah Qatrisha Zairyah bte Kamsir yang merupakan wanita transgender yang sudah melalui pembedahan jantina pada 2017.

“Sudah tiba masanya saya boleh mewakili komuniti saya di pentas MUS. MUS adalah peluang yang baik untuk saya berkongsi tentang kehidupan saya, perjuangan, kegagalan, ketakutan, memerangi diskriminasi dan bagaimana saya mencapai impian untuk menjadi wanita transgender yang berjaya,” kongsinya.

Pada tahun 2023, Qatrisha merupakan wakil Singapura dalam pertandingan khusus untuk golongan transgender iaitu Miss International Queen. Ketika itu dia berjaya bergelar naib juara.

Pemenang Miss Universe Singapura 2024 akan membawa pulang wang tunai bernilai SGD10’000.00 selain berpeluang mewakili negara.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI