Penerbit dan pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin berpendapat bekas penyanyi Mizz Nina bijak di dalam mengawal ujian yang dihadapinya tanpa perlu membuka pekung sesiapa.
Menurut Shahrulezad yang sinonim disapa sebagai Budak Ijat, atas hal tersebut, wargamaya juga tidak turut sama terheret dalam membuat spekulasi yang boleh mendatangkan dosa.
Ads
“Mizz Nina jugak yang kelas. Senyap senyap dia dapat apa yang dia mahukan tanpa melondehkan aib masing masing di depan kita semua.
Ads
“Tahu tahu settle dan move on. Dan kita pun tak berdosa kepoh sama,” tulisnya menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Facebook miliknya buat tatapan umum.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima ratusan komen dan dikongsikan kembali wargamaya.
Ads
Meski Shahrulezad tidak menyentuh nama atau membandingkan mana-mana pihak, namun ruang komen dipenuhi dengan reaksi pelbagai pengguna Facebook.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah yang kini tampil dengan figura ideal dan lebih segar tidak menafikan sebelum ini dia mengalami masalah gastrik sehingga ada ketika menjadi kekangan buatnya untuk membuat persembahan.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini menambah, berat badannya juga pernah mencecah hingga 68 kilogram.
Berat Alyah Pernah Cecah 68 Kilogram Hingga Hadapi Masalah Kesihatan!
“Saya tak nafikan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kurus. Sebenarnya siapa yang mengikuti perkembangan saya pasti ada yang tahu berat badan saya pernah cecah hampir 70 kilogram.
“Ditambah pula saya ada alami masalah gastrik yang teruk hingga muntah-muntah. Malah pernah juga masuk hospital kerana masalah tersebut,” katanya.
“Jadi saya ambil keputusan untuk berjumpa pakar bedah gasteroenterologist Dr Mustafa Mohammed Taher. Saya terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan cadangan apa yang terbaik untuk kesihatan.
“Lalu saya jalani bariatric operation tahun lalu dan tiada rahsia untuk disembunyikan. Perkara itu saya ada kongsi di media sosial juga,” ujarnya.
Gemuk Salah, Kurus Pun Masih Di Cerca
Datin Alyah mengakui dirinya berasa bahagia dengan keputusan melakukan pembedahan bariatrik atas faktor kesihatan meskipun ada suara-suara sumbang mengecam dirinya sekarang kelihatan sangat kurus.
Malah, tegasnya tiada apa yang perlu dimalukan jika seseorang mengambil keputusan melakukan prosedur tersebut kerana hanya diri sendiri yang tahu betapa seksanya menanggung kesakitan.
“Bila orang nampak kita dah kurus, mereka hanya fikir, yelah nak menunjuk-nunjuk. Siapa yang nak fikir, kita pernah sakit sebelum ini? Tiada siapa peduli ya.
“Bila dah kurus pula, ada pula suara-suara berbunyi, kenapa kurus sangat, cengkung muka tu, saya nak awak yang dulu, sekarang kurus sangat,” tulis Alyah dalam sebuah perkongsian video menerusi Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada selebriti dan ahli perniagaan Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini mengambil barakah Jumaat dengan berkongsi rezeki bersama pekerja Alam Flora yang bekerja di sekitar kediaman kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Selangor.
Menerusi perkongsian video di Instagram baru-baru ini, Noor Kartini bersama pembantunya dirakam sedang menyediakan Nasi Goreng Daging Harimau Menangis untuk diagihkan kepada kira-kira 50 individu bertugas.
Malah katanya, untuk menyiapkan menu tersebut, dia menggunakan tiga pek Harimau Menangis dan hidangan disediakan seperti mana ketika dirinya mahu menjamu selera.
“Saya rasa sangat bersyukur kerana setiap Jumaat kita dapat berkongsi rezeki bersama mereka. Mungkin ramai yang terlepas pandang jasa mereka yang membersihkan persekitaran rumah kita.
“Tanpa mereka, mungkin kawasan rumah kita tak seindah yang kita dapat kecapi sekarang, Alhamdulillah,” katanya.
Di dalam posting yang sudah ditonton hampir 200,000 kali itu, Noor Kartini berkongsi video agihan menu tersebut yang turut disertakan dengan sampul duit raya.
Foto: Instagram Datin Noor Kartini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Didie Alias tidak menafikan ada segelintir pihak yang beranggapan dan menyifatkan dirinya sebagai salah seorang artis yang ‘mulut laser’, gara-gara kelantangan yang disuarakan.
Akui Didie, situasi berkenaan sememangnya sinonim dengan dirinya sejak dari dahulu lagi sehingga kini.
Menerusi temu bual bersama program Wanita Hari Ini bagi membincangkan topik ‘Mak Mentuaku Laser’, baru-baru ini, Didie mendedahkan ada ketika dia pernah bersikap sedemikian.
Namun jelasnya, situasi berkenaan bertempat dan tidak menafikan sebagai ibu mentua dia sentiasa bersikap tegas.
“Macam saya sendiri, kalau nak ikutkan fasal mulut ‘laser’ ni memang sudah dari azali orang tahu mulut Didie Alias ni memang puaka.
“Tapi ‘laser’ nya kena lah bertempat dan saya seorang yang jenis berterus-terang. Kalau saya kata tak boleh, maknanya tak boleh. Boleh kata saya ni bersikap tegas dengan menantu saya,” katanya.
Pada masa sama, Didie berkata dalam hubungan antara mentua dan menantu, perlu ada sifat tolak ansur dan sentiasa berfikiran positif.
“Sebenarnya, hal ini sememangnya pernah berlaku dalam hidup saya dan sudah terjadi pada perkahwinan pertama saya sebelum ini.
“Masa tu saya sedang bercuti lama dalam industri, saya duduk bersama dengan bekas ibu mentua saya.
“Bagi saya, ibu mentua saya bukan seorang yang ‘laser’ sebab bila dia bercakap sangat lembut.
“Tapi kadang-kadang tu ada benda negatif datang kepada kita dan saya biarkan sahaja sebab pada saya ini adalah pilihan yang saya buat.
“Kalau saya bertindak secara meronta-ronta pada ketika itu, mungkin kita akan bergaduh dengan ibu mentua dan suami kita.
“Oleh itu, nasihat saya buat ibu mentua mahupun menantu kalau boleh sentiasa lah berfikiran positif dan fikir yang baik-baik sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
Untuk rekod, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Selepas itu, Didie mendirikan rumah tangga kedua bersama Norisham Ismail pula dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan, 6 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...