Selebriti Mizz Nina meminta pertolongan orang ramai untuk sama-sama membantu mengesan sepupunya yang hilang baru-baru ini.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, turut memuat naik flyer yang mengandungi maklumat mengenai sepupunya, Khairina Mohd Hishamuddin, 26, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran.
“Sepupu saya hilang, dia seorang OKU. Jika anda pernah ternampak dia, sila hubungi nombor telefon di flyer.
“Tolong sebarkan dan semoga Allah permudahkan. Amin,” tulis Nina.
Umum mengetahui apabila tibanya bulan Ramadan yang mulia, pastinya program televisyen yang sinonim pada bulan penuh kerahmatan itu akan ditayangkan di kaca tv, misalnya program masakan, Ketuk-Ketuk Ramadan kendalian Sheila Rusly.
Tampil dengan pelbagai hidangan bersama hos undangan bersilih ganti yang popular, Ketuk-Ketuk Ramadan menjadi suatu program ikonik, lebih-labih lagi apabila menjelang puasa.
Bagaimanapun awal Mac lalu, suami kepada Sheila, Jinggo menerusi Instagram miliknya ada memberi bayangkan bahawa penggaram musim ke-15 tahun ini merupakan tahun terakhir isterinya bersama rancangan tersebut.
“Assalamualaikum Malaya…Great day Geng Tok Sidang di mana saja komer berada. #cerekatoksidang ari ni Tok Sidang nak ngaborkan pada komer Rakaman #ketukketukramadan tahun ni ramai anak Istimewa anak Syurga yang mintak mak bapak deme bawak jumpa Sis di set masa Rakaman.
“Mungkin deme dah dapat rasa, bila hati Sis terdetik menjadikan Ketuk Ketuk Ramadan tahun ini musim ke 15 adalah MUSIM TERAKHIR bagi Js Pictures..Sis ingin mengundurkan diri.
Teriman kasih di atas sokongan semua. Selamat berbuka Malaya,” tulisnya sambil memberitahu video penuhnya boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi JS Pictures.
Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya meminta agar Sheila tetap terus menjayakan program berkenaan.
Foto: Instagram Jinggo, Sheila Rulsy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio terkenal, Faizal Ismail manafikan dirinya sudah berkahwin lain ketika menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah pada tahun 2022 seperti yang didakwa oleh seorang individu yang mengaku sebagai saksi.
Menurut Faizal, dakwaan tersebut merupakan fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan air mukanya.
“Apa yang boleh saya katakan, perkara itu tidak benar. Saya difitnah dan individu terbabit mempunyai niat nak menjatuhkan saya,” katanya kepada MH.
Memurut Faizal lagi, pada ketika itu, dia sedang menunaikan ibadah umrah diatas kapasiti sebagai duta bagi sebuah agensi pakej umrah.
Bagaimanapun, syarikat tersebut dikatakan sedang mengalami beberapa masalah untuk menguruskan para jemaah pada waktu itu.
Katanya lagi, disebabkan hal tersebut, dia turut terkena tempiasnya
“Sebenarnya, pada ketika itu, saya bersama dengan seorang ustaz dan memang ada berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini melibatkan pakej umrah.
“Syarikat itu juga sebenarnya sedang bermasalah pada ketika itu. Saya juga mengalami tekanan kerana ada pihak yang menggunakan cara tertentu untuk untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
“Disebabkan hal itu juga, hubungan saya dengan pihak agensi pelancongan menjadi renggang,” kongsinya lagi.
Penyampai radio, Zayyan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Makan Malam Kesadaran Amal Al-Muqwa yang berlangsung di Restoran Seri Kunyit, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ditanya adakah dia bakal mengambil tindakan undang-undang, Faizal memaklumkan dirinya enggan mengeruhkan lagi keadaan.
“Tidak. Dia sendiri pun dalam masalah. Jadi, jangan tambahkan lagi. Ketika itu, hubungan kami agak renggang.
“Saya banyak salahkan dia sebab jemaah banyak tumpukan masalah mereka kepada saya.
“Jadi, ketika itu, dia pun mungkin dalam tekanan. Jadi, dia kena buat satu cerita,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Faizal mendedahkan keharmonian rumah tangganya tidak terjejas disebabkan khabar angin tersebut.
“Isteri saya okay sahaja. Kalau hal melibatkan poligami ini, isteri saya tiada masalah dan tidak menolak sepenuhnya.
“Malah, kalau benar saya nak berkahwin lain atau berpoligami, saya akan berterus terang dengan dia,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Faizal akui tidak berani untuk mengulas sama ada dia bakal berpoligami pada masa akan datang kerana segalanya merupakan kententuan Illahi.
“Saya tak boleh ulas hal itu sekarang tapi akan datang, kita sendiri tak tahu kerana kita hanya manusia. Ada yang kata, orang yang banyak bercakap ni, mereka tak berani buat.
“Namun, mereka yang senyap tu, tiba-tiba mereka yang berkahwin,” akhirinya.
Terdahulu, Faizal bakal bergandingan bersama penyanyi, Mawi untul mengacarakan Majlis Makan Malam Kesadaran Amal Al-Muqwa yang bakal berlangsung pada 17 Februari ini.
Majlis makan malam ini juga diadakan bagi mengumpul dana bagi menampung kos operasi pusat tahfiz, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Faqir, Miskin & Dhuafa’ Madrasah ‘Ulumulquran Wal Ahadith.
Konsert ini bakal menampilkan barisan selebriti Datuk Awie, Ali XPDC, Ijam Medicine, Adi WOW dan Anjang Terrarossa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Achey berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, Ngaisah binti Hasaan telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.45 pagi tadi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Achey menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Jelas Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, dia mendapat tahu mengenai perkhabaran tersebut ketika dalam perjalanan pulang daripada menyelesaikan pekerjaannya.
“Achey atas moto lagi mak baru balik kerja. Mak baik. Mak pergi pada bulan yang baik. Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-fatihah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga ibu Achey ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Sebelum ini, Achey sering berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibunya yang dikhabarkan agak tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
Malah, beberapa hari lalu, Achey memaklumkan ibunya itu terpaksa menjalani pembedahan dan kondisinya juga dikatakan kurang baik.
Anggota kumpulan Bocey itu juga difahamkan sering berulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk menjaga ibunya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Achey Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...