Mizz Nina Minta Tolong Cari Sepupu OKU Hilang; “Tolong Sebarkan & Semoga Allah Permudahkan.”

Share

Selebriti Mizz Nina meminta pertolongan orang ramai untuk sama-sama membantu mengesan sepupunya yang hilang baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, turut memuat naik flyer yang mengandungi maklumat mengenai sepupunya, Khairina Mohd Hishamuddin, 26, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran.

“Sepupu saya hilang, dia seorang OKU. Jika anda pernah ternampak dia, sila hubungi nombor telefon di flyer.

“Tolong sebarkan dan semoga Allah permudahkan. Amin,” tulis Nina.

Dalam flyer tersebut, turut dinyatakan Khairina tidak memiliki telefon bimbit malah dia juga tidak pernah keluar rumah secara sendirian sebelum ini.

Khairina yang berkulit sawo matang dilihat kali terakhir di kediaman keluarganya di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu (13 Ogos).

Bekas suami Nina, Noh Salleh turut berkongsikan hebahan mengenai perkara itu di laman Instagram miliknya.

Malah, rakan artis seperti Sarimah Ibrahim dan Datin Lisa Surihani turut mendoakan agar sepupu Nina dapat segera ditemui.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Mizz Nina

 

Published by
Juliana Johar