Bekas penyanyi, Mizz Nina mengakui dia ada menghubungi pihak YouTube bagi menghapuskan video-video lamanya menerusi platform itu ketika dia masih bergiat aktif dalam bidang seni kira-kira awal 2000 lalu.

Bagaimanapun, Mizz Nina seperti yang dipetik mStar pada masa sama menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Malah dia reda jika video yang dimuat naik masih ditonton umum.

“Saya cuba menghubungi pihak YouTube untuk minta buang video-video muzik saya sebelum ini. Tapi malangnya tidak berjaya.

“Tapi saya anggap saja mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku,” kata bintang berusia 38 tahun ini.

IKLAN

Nina yang ditemui pada majlis sidang media dan ucapacara menandatangani perjanjian usahasama antara IntoTaqwa & AMAL (Malaysia Airlines Berhad) turut memberitahu dia sudah tidak memasang hasrat untuk kembali aktif dalam nyanyian.

Jelas isteri kepada Noh Salleh ini lagi, sebolehnya dia mahu lebih fokus kepada kerja kebajikan dan turut menanam impian menerbitkan buku.

“Sekarang memang saya dah tak minat pun nak menyanyi nak buat persembahan. Perasaan tu dah tak ada dan walaupun di rumah atau dalam bilik air pun tak ada.

IKLAN

“Sebenarnya sebelum saya berhijrah ini pun, saya dah rasa malas nak buat persembahan. Tapi saya sangat berminat dalam meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat menerusi penulisan.

“Saya suka menulis dan berkongsi di laman sosial. Saya memang ada perancangan untuk terbitkan buku tapi tak berkesempatan untuk menyiapkan lagi,” katanya lagi seperti yang dipetik.

IKLAN

Untuk rekod,  Nina memilih untuk bersara daripada industri muzik seterusnya mengambil keputusan untuk berhijab sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji tanah suci.

Foto: Instagram Mizz Nina

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI