Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique telah sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Sheikh Nordin dalam majlis akad nikah yang berlangsung Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, Selangor tepat jam 9.35 pagi Jumaat.
Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Kariah Masjid Jami’il Huda, Haji Mahdi Mat Zin dan diwalikan bapa penganti perempuan, Datuk Seri Sheikh Nordin Syeikh Ahmad.
Dalam majlis itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 menyerahkan mas kahwin RM302 dan seutas gelang emas.
Sementara itu, MK dan Siti Hajaar masing-masing memberikan enam dulang hantaran manakala wang hantaran pula dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Ads
Ketika ditemui media, MK menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan pernikahannya telah dipermudahkan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala berjalan lancar walaupun persiapan diadakan dalam waktu yang singkat.
“Saya mohon kepada semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya kepada MH.
Pasangan raja sehari ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di sebuah hotel di Klang, esok.
Ads
Majlis akad nikah itu dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran rakan selebriti anggoto kumpulan K-Clique, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.
Sebelum ini, penyanyi asal Sabah itu memang tidak terlalu terbuka mengenai kisah cintanya sehingga mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat.
Ads
Malah, pada Mei lalu, tular sekeping foto yang memaparkan MK seakan melangsungkan majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup.
Bagaimanapun, MK tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung foto tular berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa menjelaskan kontraknya bersama jenama aksesori perhiasan diri terkenal, Swarovski sebenarnya sudah berakhir sejak Disember lalu.
Bagaimanapun, hubungannya bersama jenama tersebut kekal baik dan senang dengan situasi sedemikian.
“Salam. My contract with Swarovski did end back in December 2020 but we still have a good relationship and will remain that way. Hope this clarifies,” jelasnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan pengacara program Islamik, NTN itu menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.
Terdahulu, Swarovski membuat satu ciapan di laman Twitter memaklumkan pihaknya sudah tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.
Ciapan tersebut adalah respon kepada seorang pengguna Twitter yang bertanya perihal status isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz itu sebagai wajah wakilan jenama tersebut sejak 2017.
Individu itu menerusi sebuah posting mengulang kicau berita mengenai selebriti berusia 32 tahun itu yang dikenakan kompuan beberapa lalu, akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurutnya, mana-mana bintang di Korea Selatan akan ditamatkan kontrak menjadi duta kepada sesebuah jenama tertentu sekiranya melakukan kesalahan sama seperti Neelofa.
Terdahulu, persalinan rona putih yang dikenakan Neelofa pada hari perkahwinannya, turut menggunakan lebih 5,000 butir perincian Swarovski.
Malah, tetamu yang hadir turut selain diraikan oleh ‘doorgift’ daripada jenama tersebut selain produk tajaan lain.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyatakan penghargaan buat pengasuh anak-anaknya, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan bukan mudah mencari pengasuh yang benar-benar ikhlas dalam menjalankan tugas.
Ulasnya, ‘bibik tudung’ telah bersama dengan mereka sekeluarga selama enam tahun dan menjaga anaknya dengan kasih sayang.
“terima kasih bibik
“Ramai orang tanya kenapa sy syg bibik tudunng ni.. Sebenarnya sebab dia menjaga anak saya dengan iklas… dia kerja dah lama.. kalau tak silap dah hampir enam tahun lebih ..
“dekat rumah saya ada ramai pembantu rumah tukang kebun dan juga pengawal selamatan, chef..tapi nak cari orang yang iklas bukan senang kadang-kadang depan kita baik belakang kita jahat siapa ada pengalaman ngeri ada pembantu rumah sila komen du bawah,” jelasnya.
Pelakon Ogy Ahmad Daud memaklumkan pelawak legenda Hamid Gurkha telah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital, hari ini.
Khabar tersebut dikongsikan Ogy atau nama lengkapnya Fauziah Ahmad Daud menerusi entri terkini di akaun Instagram.
Serentak dengan itu, pelakon filem Azura ini memohon ramai untuk sama-sama mendoakan agar pelawak berusia 90 tahun dipermudahkan segala urusan serta kembali sembuh seperti sedia kala.
“Mari Kita Mendoakan Seniman Legenda kita Pak Hamid Gurkha Ya. Beliau Dimasukkan Ke Wad ICU hari ini.
“Didoakan Semoga Pak Hamid di permudahkan rawatannya dan cepat sembuh. Aamiin Ya Rabbal Alamiin,” tulisnya.