Setelah hampir setahun berehat ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19, akhirnya, program lawak popular, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 kini kembali membuka tirainya tidak lama lagi.
Masih lagi mengekalkan Datuk AC Mizal selaku hos manakala individu yang bakal mengisi posisi kerusi juri tetap pula masih lagi dirahsiakan.
Apa yang menariknya, pada edisi kali ke-9 ini, MLM2021 tampil memuat kelainan apabila 100% peserta yang akan bertanding adalah daripada kalangan gandingan kumpulan baru.
Ketika ditanya, adakah keputusan untuk mewujudkan kumpulan baru ini bakal memberi kesan kepada kemeriahan program itu sendiri, ini reaksi yang diberikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh;
Ads
“InsyaAllah dengan strategi yang betul dan kerja keras, saya yakin gabungan baharu ini akan menjadi sebuah daya tarikan yang baru dan segar. Para penonton juga sudah beberapa tahun disajikan dengan kumpulan yang sama.
“Saya percaya perasaan ini juga turut dirasai oleh para peserta itu sendiri. Mereka juga telah sekian lama beraksi dengan kumpulan yang sama. Meskipun kita tahu, setiap kumpulan itu sudah pun memiliki pengikut mereka yang tersendiri, tapi kami juga sedar keingin para peminat itu sering kali berubah.
“Dengan perancangan yang betul, setiap kumpulan mampu untuk melangkah ke peringkat akhir,” katanya kepada MH.
Ads
Norzeha berkata sedemikian seaktu ditemui di majlis sidang media MLM2021 yang dijalankan secara virtual pada Khamis.
Berikut adalah 11 barisan kumpulan yang bakal bersaingan pada MLM2021 seterusnya merebut hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM500,000;
Ads
Dalam pada itu, program berpestij ini juga turut menampil penyampai radio, Dinar Nazir selaku pengacara ‘backstage’ manakala penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz akan bergandingan bersama Issey Fazlisham memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
Terdahulu, MLM2021 bakal bersiaran secara langsung selama 10 minggu di Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 15 Oktober, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Malah, para penonton juga dibenarkan untuk memenuhi 50% kapasiti dewan dan diikuti dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penampilan penyanyi dan usahawan Linda Rafar telah menjadi persoalan serta tanda tanya kepada para peminat.
Ini kerana, kakak kepada pelakon Diana Rafar itu dilihat mulai mengenakan niqab menerusi beberapa entri terkini yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar masih belum bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut.
Pada masa sama, penyanyi anggota kumpulan Elite ini memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Assalamualaikum…Ramai yg dm message tanya linda dah berniqab ke?
“Nanti la linda buat live n u all bole tanya ok.. now I’m not ready to answer.. but pls doa yg baik2 utk linda k..,” tulisnya.
Untuk rekod, Yatt dan suami, Zulfadhli Khiruddin berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha,1 dan Sayf Mohammed Zubayr, 4 bulan.
Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada kumpulan Al-Maqari yang telah diumumkan sebagai juara program Pentas Marhaban sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 pada pentas akhir yang bersiaran secara langsung, malam tadi.
Kemenangan kumpulan berkenaan sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekatnya iaitu Al-Muhtadin, Qalbun Hadi dan Raudhatul Ashwaq untuk bergelar juara pada program yang bersiaran secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah, Kuala Lumpur.
Kumpulan Qalbun Hadi pula menyandang posisi naib juara dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi sumbangan TV AlHijrah.
Sementara itu, kumpulan Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq meraih hadiah saguhati dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 bagi setiap kumpulan.
Tugasan akhir Pentas Marhaban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu marhaban dan rawi, penceritaan serta qasidah.
Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu diadili sepenuhnya oleh juri tetap Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Ustaz Hasim Harun selaku juri jemputan.
Pemarkahan diberikan berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.
Pentas Marhaban akhir turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Daqmie.
Program itu dihoskan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pendakwah selebriti, Da’i Syed tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan semula kes rayuan atas dakwaan kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun...