“Moga Alif Satar Cepat Sembuh. Begitu Juga Yang Lain,” – Jihan Muse Sekeluarga Negatif, Mulanya Risau Anak Tak Tahan, Tapi Rupanya…

Share

Pelawak dan pengacara, Jihan Muse mendedahkan dia sekeluarga telah disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada Isnin.

Menurut Jihan, dia berasa sangat lega kerana anaknya, Arsalan juga tidak ‘meragam’ sewaktu ujian tersebut dijalankan.

“Isnin lepas kami sekeluarga buat covid-19 swab test di rumah dgn @medi.safetest . Punya kami risau Arsalan tak tahan rupanya terbalik.

“Arsalannya steady je. Dan semalam kami terima our pcr test result turns out Negative. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan hos program Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) itu menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Jihan turut menitipkan doa semua rakan artis, Alif Satar segera sembuh selepas didapati positif Covid-19 pada Ahad.

Malah, dia menyifatkan golongan artis juga merupakan antara petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mencari rezeki diwaktu musim pendamik ini.

“Semoga rakan kami @alifsatar cepat sembuh. Begitu juga mereka yg lain yg sedang berjuang melawan virus yang kita tak tahu arah mana datangnya ni. Memang tidak mudah.

“Begitu juga dengan kita-kita di dalam industri tempat kita cari makan ni. Kita juga petugas barisan hadapan dan belakang di bidang kita ini. Ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

“Semoga rakan-rakan industri semua tabah dan doakan yang terbaik buat semua. Kita betul-betul perlu jaga kita. Bukan sekadar kata.

“Tapi jaga segala yang perlu dijaga baik yang nampak di depan kaca TV mahupun tidak,” akhirnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut memuji anaknya, Arsalan yang dilihat tenang sewaktu ujian dilakukan.

Terdahulu, keberadaan Jihan di GV7 Ahad lalu dipersoalkan sesetengah netizen kerana mendakwa hos tersebut baru sahaja bergandingan bersama Alif menerusi sebuah program.

Bagaimanapun, Jihan tampil menjelaskan mengenai kekeliruan tersebut dengan memberitahu, program tersebut sebenarnya telah direkod lebih awal dan baru kini ia ditayangkan.

Published by
MH