Pengacara dan pelakon, Sherry Al Hadad telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya. 

Gambar tersebut memaparkan wartawan senior yang juga pengacara versatil, Mazidul Akmal Sidek terima kujungan lawatan daripada pihak Sherry. 

“Semalam kami dari team The Sherry Show melawat wartawan penyiaran yang sangat di kagumi abang Mazidul Akmal Sidek di kediamannya.”

“Terkenal dengan falsafah hidupnya ‘berbisa, lantang dan berani’. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami. 999 jenayah membawa padah. Kami sentiasa mendoakan kesihatan abang.” tulisnya. 

IKLAN

Lantas, gambar yang dimuat naik oleh Sherry itu telah menarik perhatian netizen untuk turut mendoakan kesihatan Mazidul sihat seperti sedia kala.

IKLAN

“Moga Allah Berikan Kesihatan…”- Sherry Al Hadad Lawat Wartawan, Hos Terkenal Mazidul Akmal Sidek, Peminat Titip Doa

IKLAN

Terdahulu, Mazidul pernah dilaporkan menghidap penyakit strok dan sedang mendapatkan rawatan untuk pulih seperti sediakala.

MH juga turut mendoakan Mazidul supaya kembali sihat seperti sediakala.

Foto : Instagram Sherry Al-Hadad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI