Pempengaruh dan usahawan berjaya, Aleeya Zailan dan suaminya, Azri Aziz seikhlas hati memasak sendiri hidangan untuk diagihkan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid As-Syakirin Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikannya menerusi platform TikTok, kelihatan Aleeya dan Azri yang sinonim disapa Big Boss serta beberapa pembantu dilihat bertungkus-lumus menyediakan masakan.

“Sebanyak 340 kilogram sotong sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir.

“Bahkan, kami turut menyajikan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng,” celoteh Aleeya yang dirakam sibuk menumis bahan.

@aleeyazailanavenysterima kasih atas pemberian gifts2 di tiktok selama ini😭 mungkin ramai yang tak tau kemana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. inilah dia.. Aleeya dermakan balik. whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala😭 semoga berkat rezeki kite semua ya 😭♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Mencecah lebih sejuta tontonan kini, rata-rata warganet menyifatkan sikap ditunjukkan Aleeya sekeluarga sebagai sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan mereka berstatus jutawan.

Ads

Masakan tidak, ada yang berpendapat, Aleeya semestinya mampu mengupah katerer bagi memesan sebarang menu diingini, namun pasangan berkenaan berbesar hati untuk melakukannya sendiri dari awal hingga akhir.

Malah tak kurang yang memuji usaha murni yang dilakukannya itu.

“Cantik baik… Semoga murah rezeki selalu.

“MasyaAllah semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT untuk Aleeya sekeluarga.”

Ads

“MasyaAllah be kind to people Allah will give u more. Love this family. Respect.”

“Moga Allah membuka seluas luasnya rezeki buat anda yang sangat privation sesama ummah.”

“Founder yang sangat humble. Suka masuk ‘live’ mereka. Bibik saya pun suka tengok akak. Moga dimurahkan rezeki akak.”

Ads

Bukan itu sahaja, mereka turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada para asnaf dalam kariah masjid tersebut.

Lebih menarik menurut Aleeya, segala bahan masakan dibeli menggunakan duit gift diberikan pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok dan Facebook.

“Terima kasih atas pemberian gifts di TikTok selama ini. Mungkin ramai yang tak tau ke mana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. Inilah dia…Aleeya dermakan balik.

“Whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala, semoga berkat rezeki kite semua ya,” tulisnya menerusi video berkenaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI