“Moga Allah Memakbulkan Doa Ini,” – Panggil Isteri Puteri, Sweet Titipan Kata Sharol Shiro Buat Isteri Yang Bakal Bersalin Tak Lama Lagi

Share

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran isteri tercinta, Nor Farhanah Syamim, pelawak Shahrol Shiro ada menitipkan ucapan istimewa kepada isterinya.

Di samping mendoakan agar diberikan kebahagiaan hidup, Shahrol turut mendoakan agar urusan bersalin isteri dipermudahkan.

Difahamkan, kandungan kedua Farhanah atau lebih mesra dengan panggilan Anna kini sedang hamil anak kedua yang sudah mencecah usia enam bulan.

“04 November adalah tarikh yg sgt istimewa.Tarikh lahirnya seorang puteri dari pasangan Shahri dan Jariah.Seorang puteri yg dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam sebuah keluarga sederhana di Kampung Melayu Kluang.

“Puteri ini adalah bahagian terpenting dalam hidup aku. Puteri yang melalui susah senang kehidupan ini bersamaku. Terima kasih atas setiap doa darimu yg dilafazkan sepanjang perjalanan ini.

“Dihari yg penuh bermakna ini izinkan aku pula berdoa untuk puteri ini. Berikanlah dia kesihatan yg baik, barkah dan rahmat mengiringi setiap langkahnya, rezeki yang mengalir seperti air zam zam yang tidak pernah putus.

“Jadikanlah dia wanita yang solehah dan ibu yg baik buat zuriat ini. Permudahkanlah segala urusannya termasuklah urusan melahirkan zuriat kami akan datang tidak lama lagi. Semoga Allah swt mengabulkan doa ku ini.

“Selamat hari lahir buat puteri ini NorFarhanah Syamimi Bt Shahri @anna_danisha, ikhlas dari suamimu Shahrol Azizie Azmi,” tulisnya panjang lebar.

Sekadar informasi, Shahrol mendirikan rumah tangga bersama Nor Farhanah Syamimi pada 17 Mac 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Iskandar Rizqi, 3 tahun.

Foto: Instagram Shahrol Shiro

Published by
Nazar Rafiqhi