Selebriti terkenal, Neelofa yang selamat melahirkan anak pertamanya, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu mendoakan semoga fasa baru wanita yang baru sahaja bergelar ibu dipermudahkanNya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Insta Stories awal hari ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi ucapan ringkas tersebut berlatarkan foto katil bayi.
“Moga Allah mudahkan rutin baru semua para ibu yang baru melahirkan,” tulis bekas hos program MeleTOP itu disusuli emoji berbentuk hati.
Terdahulu, suaminya Haris Ismail atau PU Riz memaklumkan Neelofa dan anak lelaki mereka kini berada dalam keadaan baik.
Dalam kenyataan sama, Haris turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap dia dan isteri sejak mereka berkahwin.
Neelofa atau nama sebenarnyanya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, pada Mac 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.