Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui turut berasa terkesan dengan musibah banjir yang melanda negeri Pahang sejak semalam.
Menurut Siti, dia juga berasa bimbang melihat perkembangan terkini keadaan banjir di negeri kelahirannya itu lebih-lebih lagi selepas mengetahui tahap kerosakan yang berlaku akibat bencana alam tersebut.
“Membaca berita, melihat paparan gambar dan video banjir di sana sini, jalan rosak, rumah dan bangunan tenggelam, banyak kemusnahan, kenderaan juga terkandas.
“Ada yang berlapar, tidak dapat meneruskan perjalanan serta tidak dapat bergerak ke mana-mana, keadaan banjir dan air naik dengan cepat, begitu membimbangkan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Kuasa Cintamu itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Siti turut menyeru orang ramai untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban buat mereka yang terkesan akibat banjir teruk itu.
Ads
“Pada saat ini, marilah kita sama-sama berdoa agar ujian ini dapat kita harungi bersama-sama.
“Doa, tenaga, huluran bantuan dan apa yang kita mampu, termasuk pihak-pihak berkuasa yang saya pasti sedang bertugas, semoga Allah permudahkan dan melindungi kalian,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Siti turut menitipkan doa buat seluruh rakyat Pahang terutama buat mereka yang tinggal di kampung halamannya di Kuala Lipis.
Ads
“Semoga hujan semakin reda, air juga akan cepat surut dan anda yang dalam perjalanan, dapat sampai ke destinasi dengan selamat.
“Semoga ibu, keluarga, orang kampung saya di Kuala Lipis, Pahang juga dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah untuk kita semua walau di mana saja kita berada,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati selain turut berharap agar banjir dapat surut dengan segera.
Ads
Terdahulu, menurut laporan akhbar Berita Harian, banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila 67 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sembilan daerah setakat jam 6 petang semalam.
Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 3,122 mangsa daripada 868 keluarga kini ditempatkan di 67 PPS.
Di Raub, sebanyak 26 PPS dibuka, diikuti 11 PPS di Kuantan, Maran (8), Jerantut dan Rompin (6), Temerloh (5), Lipis (2) dan Bentong (1).
Sumber: Instagram CTDK & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Sarah ada memuat naik posting di akaun Instaramnya awal hari ini berkaitan mahu mencari pembantu rumah warga Filipina.
Bagaimanapun, posting tersebut telah disalahertikan netizen apabila mereka memandang rendah pekerjaan tersebut dan mulai kongsi nama (tag) rakan masing-masing.
Baru-baru ini, tular di laman media sosial mengenai isu yang membabitkan ibu kepada hos terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini.
Insiden ini terjadi selepas seorang individu telah memuat naik satu rakaman video yang memaparkan perbualan Kartini mengenai jenama perusahaan makanan miliknya, ‘Daging Harimau Menangis by Aunty Tini Kitchen’.
Berikutan perkara tersebut, Kartini selaku pemilik jenama berkenaan telah tampil memohon maaf kepada semua pihak menerusi satu sidang media secara ‘virtual’, hari ini.
“Asalamualaikum semua, saya ingin berterima kasih kepada sahabat media yang sudi meluangkan sedikit masa hari ini berkenaan isu daging harimau menagis yang sedang tular di media sosial.
“Saya ingin memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah terjadi dan saya berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakaan keadaan.
“Untuk maklumat semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama Harimau Menangis dengan secepat yang mungkin. Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan dan juga untuk melindugi ejen-ejen jualan kami dari masalah produk tiruan.
“Sesunguhnya, tiada niat saya untuk menutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya dari Allah SWT. Dengan penjelasan ini saya harap isu ini telah selesai dan tidak perlu lagi dipanjangkan.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua sepanjang tempoh PKP ini. Stay safe dan terima kasih,” katanya.
Baru-baru ini, penyanyi Norazlina Amir Sharipuddin atau Amelina telah berkesempatan hadir memberikan penghormatan terakhir buat salah seorang ahli kelab peminatnya, Allahyarham Yunos Ali yang telah kembali ke rahmatullah.
Menyifatkan hubungan akrab, Amelina turut menzahirkan rasa sayu atas pemergiaan Allahyarham Yunos atau lebih mesra dengan sapaan Edy.
Penyanyi berusia 47 tahun ini dilihat ada kembali kenangan bersama arwah menerusi beberapa hantaran yang dikongsi di akaun media sosial Instagram miliknya.
Malah, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini berkesempatan membacakan surah Yasin sebelum jenazah arwah Yunos dikebemumikan.
“Dulu awak datang untuk kaklong, hari ini kaklong datang untuk awak.
Hari lahir awak kaklong bg hadiah tp hadiah yg sgt istimewa.
“Tiada senda gurau , tiada lagu , tapi bacaan yasin untuk mu. Semoga di permudahkan perjalananmu.
Penganjuran Makar Fest bukan sekadar sebuah karnival makanan dan gaya hidup, sebaliknya menjadi platform untuk menghargai ikon muzik tanah air.
Menjawab dakwaan kononnya festival ini...