Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew telah berkongsi momen ketika menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di sekitar Kuala Lipis, Pahang.

Kongsi Ebit yang turut meluahkan rasa simpati dan sedih, memberitahu bantuan tersebut sudah mula diberikan kepada mangsa banjir sejak Isnin lalu.

“Ya Allah sayunya hati. Dah 2 hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari kl.Sampai sini banyak jalan putus. Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami. Dapat berikan makanan dan barang keperluan pada mereka.

“Kami bawa 1000 Tshirt. 1000 telekung. Makanan dan setiap mangsa banjir saya beri sedikit duit belanja tunai. Paling sayu tengok sekolah,balai polis, surau, kuil, kereta, motor, tnb, dan rumah-rumah. Bila tengok semua tenggelam ada yang tinggal bumbung jer. Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini. Ada tempat tak pernah banjir puluh tahun kali ini banjir teruk.

IKLAN

“Syukur dapat beri bantuan di 3 Pusat Pemindahan Banjir. Bagi semangat dan doa. Tadi sempat juga lihat mangsa banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang terkorban telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya. Polis, JPAM,JKM, Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu mangsa banjir.

“Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring jer dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi. Semua berebut nak bergambar tadi. Semua kata tengok ustaz pun dah rasa tenang. Syukur semuanya dari Allah.

IKLAN

“Ya Allah selamatkanlah Negeri Pahang,Johor, dan semua negeri yang banjir-ebitlew,” tulisnya panjang lebar.

IKLAN

Serentak dengan itu, penyanyi kelahiran tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza menitipkan ucapan terima kasih kepada sikap murni dan prihatin Ebit terhadap penduduk kampung di Kuala Lipis.

“Terima kasih ustaz @ebitlew turun ke kg halaman saya bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir.. Semoga Allah swt permudahkan semuanya.. Alhamdullillah,” tulisnya.

Foto: Instagram Ebit Lew