“Moga Anak-Anak Aku Tak Terlibat Dengan Pengaruh Dunia Yang Merosakkan,” – PU Abu

Share

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berharap agar anak-anaknya, termasuk Muhammad Uwais Al-Mateen tidak mudah terikut-ikut dengan trend yang boleh melalaikan.

Pada masa sama, dia turut memberi reaksi terhadap aplikasi yang boleh menukar wajah seseorang kepada jantina berlawanan. 

Malah, Abu memahami konsep perbuatan tersebut adalah haram disisi agama Islam. 

“Mateen terkejut dan tak mampu berkata2 apabila tahu warganet sibuk mempromosikan dirinya lelaki sebagai perempuan dan perempuan sebagai lelaki even mereka mengetahui hakikat hukumnya adalah HARAM.

“Moga anak2 aku tak terlibat dengan pengaruh2 dunia yg merosakkan,” tulis Abu atau nama penuhnya, Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi itu lagi.

Terdahulu, pendakwah bebas, Dr Nur Mohammad Hadi menjelaskan bahawa aplikasi tersebut mengaibkan selain menjatuhkan maruah diri sendiri sebagai seorang Muslim.

Jelasnya lagi, perbuatan itu bertentangan dengan fitrah manusia, meski ia hanya sekadar gambar dan bukan mengubah fizikal.

Perkara itu dijelaskannya menerusi Berita Al-Hijrah, saluran 114.

Foto/ Video: Instagram PU Abu, Berita Al-Hijrah

Published by
Amynur Akmal