Penyanyi Nora Ariffin ada menitipkan kata doa buat anak sulungnya, Mohd Syakir Iman bersempenana dengan ulang tahun perkahwinan bersama isteri, Eilya Sofea.
Kongsi Nora, ini merupakan ulang tahun perkahwinan yang pertama buat anaknya selepas mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 19 Januari tahun lalu.
Di samping itu, penyanyi lagu Hanyalah Satu ini mendoakan mahligai cinta yang dibina oleh anaknya berkekalan hingga akhir hayat.
“Happy 1st anniversary to Syakir Iman & Sofea Moga bahagia hingga ke jannah. Congrats to both of you.
“Soon jadi mama & papa. In Shaa Allah @eilyasofea @azlena_tay @mosyi.afwc
@itzputridahlia,” tulisnya.
Selain itu, rata-rata peminat mendoakan agar Nora sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta.
Foto: Instagram Nora Ariffin