“Moga Berjalan Lancar,” – Tahniah! Bad Indigo & Ashira Bakal Jadi Suami Isteri, Nikah Hari Ini

Share

Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi, Ashira yang bakal bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, penyanyi Bad daripada kumpulan Indigo, hari ini.

Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abd Aziz ada berkongsi beberapa keping foto ketika membuat persiapan sebelum majlis pernikahan itu berlangsung di laman akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Di Ombak Resah ini turut mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Assalammualaikum.. Today is the day.. sementara tunggu MUA sampai,so i selfie lahhh last selfie sebelum bergelar isteri orang.

“Semoga semuanya berjalan dgn lancar hari ini Insyaallah Aamiin.

“Ashira X Bad, 11Th March 2021, Israk Mikraj,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Imbas kembali, Ashira mula menjalinkan hubungan percintaan dengan Bad atau nama lengkapnya Badrul Izhan Yeop Abdullah sekitar Oktober tahun lalu selepas kedua-dua bintang ini terlibat dengan program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Sekadar informasi, Ashira merupakan seorang ibu tunggal dan memiliki seorang anak lelaki bernama Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 15 tahun.

Manakala Bad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 namun telah bercerai pada tahun 2010. Hasil perkahwinannya Bad dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan, 12 dan Rania, 11.

Foto: Instagram Ashira

Published by
Nazar Rafiqhi