“Moga Bila Besar Dia Tengok Lagu Ni, Tahu Saya Pernah Jaga Dia…,” – DS Shahida Kongsi Muzik Latar Lagu, Minta Maaf Pada Ibu Kandung Qayyum

Share

Semalam, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida ada memuat naik sepotong video yang merakamkan aksi anak angkatnya Qayum yang berlatar belakangkan sedutan lagu.

Menerusi ruangan kapsyen, Shahida ada menulis ia latar tersebut merupakan sebuah lagu khas yang didedikasikan buat anak-anaknya. Ia merupakan lagu selawat dan akan dikongsikan di saluran YouTube tidak lama lagi.

“Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik.

“Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun…lagu selawat. Saya just suka2 je utk anak2 saya dgr tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum.

“Semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia,” tulisnya.

Pada masa sama, Shahida turut meminta maaf buat ibu kandung kanak-kanak berkenaan andai selama ini dia tidak dapat menjaga Qayyum dengan baik.

“Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia. Saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti,” katanya lagi.

Lalu, perkongsian berkenaan secara langsung mengundang sebak di hati netizen, apatah lagi sedutan lagu tersebut juga turut mendayu-dayu.

Terdahulu, Qayyum yang baru sahaja sembuh dari diserang campak dikatakan akan diambil semula orang ibu kandung dalam tempoh terdekat.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 600,000 kali dengan lebih 8,000 komen yang pelbagai daripada netizen.

Foto: Instagram DS Shahida

Published by
Rafiq Mazlan