“Syukur dan semoga murah rezeki.” Itu antara komen yang diberikan buat pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah pun selamat mengadakan majlis kesyukuran bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-46 tahun.
Jika bulan lalu pelakon Kiah Pekasam ini menganjurkan majlis serba meriah buat suami bersempena dengan hari jadi, namun situasinya kali ini agak berbeza apabila ulang tahun kelahiran Che Ta diraikan dalam serba sederhana tetapi cukup bermakna di Sikamat, Negeri Sembilan.
Turut dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat, Che Ta yang tampil sopan mengenakan jubah rona hijau pastel menerusi salah satu entri di Instagram turut memberi dedikasi terhadap pelajar madrasah yang turut diraikan bersempena dengan hari jadinya itu.
“Untuk maklumat, Madrasah ini tidak mengenakan sebarang yuran yg tetap kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada anak yatim dan keluarga yang susah.. Mudah mudahan dengan sumbangan yang di salurkan ini mampu memberi sinar baru buat anak2 ini menuntut ilmu dan menyebarkan syariat islam ke seluruh dunia.
Ads
“Mungkin kita tidak mampu untuk jadi Hafiz Al- Quran.. tetapi mudah mudahan dengan berkat kita membantu para hufaz ini kita juga akan mendapat ganjaran yg sama dalam setiap amal kebaikan yag mereka lakukan..dan semoga ianya juga menjadi asbab agar kita mendapat keredhan Allah s.w.t…Amiin,” tulisnya.
Lalu, rata-rata peminat memuji posting yang dikongsi Che Ta selain turut menitipkan ucapan hari jadi buat ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Ads
Apa pun, jom tatap beberapa foto menarik sekitar majlis bermakna dari Che Ta ini. Sederhana tetapi tetap meriah!
Setelah hampir tujuh tahun tidak bersiaran, pertandingan nyanyian Kilauan Emas kini kembali dengan 12 peserta yang datang dari seluruh tanah air.
Program ini bakal menampilkan bakat-bakat yang bukan sahaja hebat dalam bidang nyanyian, tetapi juga mempunyai pencapaian dan latar belakang yang unik, menjadikan ia lebih berwarna-warni dan menarik.
Musim terbaru ini menyaksikan persaingan 12 peserta solo yang terdiri daripada mereka yang berusia di antara 46 hingga 68 tahun!
Berikut adalah profil peserta Kilauan Emas 2024 yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman unik:
Mariani Mustafa @ Mamat
Berasal dari Setiu, Terengganu, ibu tunggal lima anak yang berusia 49 tahun ini merupakan seorang busker dan vokalis band Chicken Wings. Dia juga seorang jurusolek dan cikgu mekap serta mahir membaiki telefon rosak.
Ridzuan Bin Yusof
Berasal dari Putrajaya, Ridzuan merupakan seorang pegawai imigresen yang pernah memenangi anugerah perkhidmatan cemerlang sebanyak empat kali. Jejaka berusia 49 tahun ini pernah menyertai program realiti “All Together Now” musim pertama.
Sueneata Bt Hamzah
Merupakan seorang tukang jahit dan vokalis kumpulan Senandung D’Star dari Ulu Kinta, Perak, Sueneata pernah menjuarai pertandingan “Ipoh Idol”. Dia juga merupakan ibu kepada Dayana yang merupakan finalis The Chosen One yang disiarkan di saluran Astro Ceria.
Bulqis Bt Sadak
Wanita lincah berusia 60 tahun ini merupakan seorang peniaga sambal dari Telipuk, Sabah. Kalau nak tahu dia pernah tawan Gunung Kinabalu pada usia 58 tahun. Aktif dalam pertandingan nyanyian peringkat negeri, selain bernyanyi dia miliki bakat untuk melakukan stand-up comedy.
Shamsuddin Bin Md Ali
Samsuddin atau lebih dikenali sebagai Dino merupakan pesara PDRM dari Kulim, Kedah Selain berbakat dalam bidang nyanyian, jejaka berusia 68 tahun ini mahir bermain pelbagai alat muzik. Bekas anggota polis ini turut meminjamkan tenaganya sebagai bilal sambilan di masjid-masjid sekitar Kedah.
Roziah Binti Abd. Hamid
Berasal dari Mersing, Johor, Roziah merupakan seorang suri rumah dan peniaga sambilan yang juga mengajar tutorial membuat karipap secara atas talian. Wanita berusia 47 tahun ini merupakan seorang survivor kanser payudara. Dia ingin membuktikan bahawa penyakit itu bukan halangan untuk mencapai kejayaan dalam bidang nyanyian.
Marsidi Bin Mansor
Marsidi merupakan seorang Inspektor penjara dari Alor Setar, Kedah dan telah berkhidmat lebih 30 tahun. Kalau nak tahu, ayahnya merupakan seorang pesara warden dan polis penjara. Selain gemar menyanyi, jejaka berusia 53 tahun ini minat seni kayu dan mahir menukang.
Nur Fadhlina Binti Ismail
Pegawai perhubungan awam yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang ini pernah menjadi penyanyi latar teater. Dek kerana suara lunaknya, dia kerap menjadi suara pengisi jingle iklan dan bergelar VO talent secara sambilan. Selepas bercerai pada 2013 dia kembali ke dalam inudstri seni dan bercita-cita untuk merakam sebuah album.
Noor Anizah Binti Abu Hassan
Wanita berusia 60 tahun ini merupakan seorang peniaga sate yang berasal dari Malim Nawar, Perak. Meminati dunia seni, dia kerap menjadi pelakon ekstra dan kali terakhir muncul dalam sebuah drama yang disiarkan di Astro Warna. Ketika zaman kecil, Anizah pernah terlibat dalam kemalangan tragis yang hampir meragut nyawanya.
Mohamad Shabuddin Bin Sehu Mohamed
Shabuddin atau lebih mesra dipanggil Budin telah mencuba ujibakat Kialauan Emas selama enam musim. Peniaga pakaian dari Georgetown, Pulau Pinang ini turut bekerja sambilan sebagai pengacara majlis. Antara bakatnya yang terpendam adalah mampu meniru gaya nyanyian David Arumugam ktika menyanyi.
Mahzuriyati Bt Abd Malek
Lebih mesra dipanggil Ati, wanita berusia 49 tahun ini merupakan peniaga dalam talian dari Jelebu, Negeri Sembilan. Dia sangat aktif dalam bidang permotoran dan mempunyai kelab ‘Geng Rider’. Kalau nak tahu, Ati pernah mencuba nasib ketika Kilauan Emas 5 tetapi tidak cukup umur. Kini dia kembali setelah lebih tujuh tahun menanti.
Hamidon Bin Abdul Karim
Hamidon mungkin sudah berusia namun dia lebih meminati lagu-lagu yang dihasilkan oleh BBNU. Pemandu lori dari Ipoh, Perak ini merupakan bekas tentera dan pernah berdepan insiden getir apabila hampir maut ketika dalam pekhidmatan. Kini berusia 54 tahun, dia memiliki Kemahiran menjahit dan menjadikan skil ini sebagai sebahagian sumber pendapatan.
Setiap peserta membawa pengalaman hidup dan keunikan tersendiri, menjadikan Kilauan Emas 2024 sebagai platform yang penuh inspirasi dan kepelbagaian
Program ini akan dimeriahkan oleh penampilan Elly Mazlein sebagai pengacara utama, manakala pelawak dan pelakon Joey Daud akan mengambil alih tugas sebagai pengacara belakang pentas dan diari Kilauan Emas.
Barisan juri musim ini pula menyaksikan Erra Fazira sebagai juri tetap untuk sepanjang musim, manakala Roy Azman pula akan menjadi juri pada empat minggu pertama sebelum Datuk Hattan menyambungnya untuk empat minggu terakhir.
Selain mereka, terdapat juga juri jemputan yang berbeza-beza setiap minggu untuk memberi komentar terhadap persembahan 12 peserta.
Program ini bukan sekadar pertandingan nyanyian, tetapi meraikan keunikan dan pengalaman hidup setiap peserta menjadikannya satu platform yang berbeza dan penuh inspirasi.
Kilauan Emas 2024 bakal bersiaran setiap Sabtu, jam 9 malam bermula hari ini di saluran Astro Prima selama lapan minggu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini ada kecoh di laman Twitter apabila ada peminat menyamakan pelakon, Alvin Chong dengan pelakon Korea Selatan, Lee Jong-suk.
“Kalau Alvin Chong jadi pelakon korea, mesti meletop. Seriously. Tengok drama Malaysia sweet gitu, imagine if he’s in Korean Drama.
“I bet sama level with Lee Jong suk,” tulis individu tersebut.
Susulan itu, Alvin yang dilihat turut ‘retweet’ status tersebut turut mengatakan bahawa dia masih belum sampai ke tahap itu lagi.
“Pertama kali saya rasa sangat berbesar hati bila ada orang bandingkan saya dengan pelakon Korea sama dengan Lee Jong suk cuma saya tak rasa sampai level itu lagi.
“Tapi, itu memberikan saya harapan bahawa saya boleh sampai ke tahap itu cuma kena berusaha lebih lagi, namun pada saya kalau dah dapat kekal dalam industri pun saya dah bersyukur.
“Apa-apapun, saya akan terus berikan yang terbaik khusus buat peminat dan semoga mereka akan terus memberikan sokongan kepada saya tak kira dalam apa sahaja yang saya lakukan,” katanya ketika dihubungi MH.
Sementara itu, penyanyi lagu Mencintaimu itu turut berkongsi harapannya itu melangkah lebih jauh dalam industri tak kira dalam bidang nyanyian atau lakonan.
“Memang ada plan untuk ke luar negara, setakat ini tunggu pihak pengurusan uruskan, antaranya adalah China, Taiwan, Singapore, Vietnam dan Philipines.
“Januari depan Alvin ada terlibat dengan satu drama cina di Singapore,” kongsinya lagi.
Foto/Instagram: Alvin Chong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!