Selebriti dan usahawan, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd Ismail pada Ahad.
Difahamkan, kunjungan tersebut adalah bagi menyempurnakan acara merisik dan berjalan secara sederhana dengan kehadiran kedua pihak ahli keluarga di Taman Tun Dr Ismail.
Memetik Awani, Neelofa yang baru sahaja mengambil keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting kata sumber keluarga berkenaan.
Malah, Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.
Terdahulu ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed turut menzahirkan rasa syukur berikutan anaknya itu sudah bertemu lelaki pilihan hati.
Perkara tersebut dikongsikan Kartini menerusi Instagram.
Sementara di Insta Stories pula, Kartini turut memuat naik beberapa foto sekitar pertemuan selain turut mengharapkan agar ikatan terjalin dirahmati.
“Semoga ikatan ini dirahmati Allah, Amin…,” tulisnya ringkas.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masih Lagi Berbau Darah As Syahidah,” – Impi Syahid, Heliza Helmi Sarung Jaket Gadis Paramedik Mati Ditembak, Lihatlah Kesan Pelurunya
Nur Heliza Helmi ada berkongsi foto syahdu apabila dia menatap foto Razan Najjar, seorang sukarelawan perubatan Palestinian Medical Relief Society (PMRS) di Gaza, baru-baru ini.
Sambil berkongsi beberapa foto berkaitan, bintang itu turut memberi penerangan panjang lebar di ruangan kapsyen.
“Siapa kenal wanita di dalam gambar itu?
“Ya ini Ves yang beliau pakai , dan kesan lubang pada Ves itu adalah kesan tembakan sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Ves ini masih lagi berbau darah As Syahidah.
“Mohon komen nama dan peristiwa yang berlaku terhadap wanita ini,” tulinsya.
View this post on InstagramA post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on
Dalam pada itu, Heliza turut berkongsi sejarah mengenai Razan yang difahamkan telah ditembak mati oleh tentera Israel pada 1 Jun tahun lalu.
Ketika itu, wanita tersebut didakwa sedang berlari menuju ke pagar perbatasan untuk menolong mangsa yang cerdera, sebelum ditembak.
Malah, Heliza turut menjadikan Razan sebagai penguat semangat untuk terus berbakti kepada mangsa yang memerlukan.
“I WANT TO BE LIKE YOU RAZAN ( SWIPE TO THE LEFT )
“1. Siapa Razan Najjar?
“Razan adalah seorang perawat yang bekerja secara sukarela untuk Palestinian Medical Relief Society (PMRS). Dia bekerja di area yang hanya beberapa ratus meter dari rumah keluarganya.
“2. Mengapa dia mahu ikut terjun ke medan konflik? “Saya akan merasa sangat malu kalau saya tidak ada untuk (membantu) warga Palestina. Sudah menjadi tugas dan kewajiban saya untuk ada di sini dan membantu mereka yang terluka,” kata Razan dalam wawancaranya dengan Al Jazeera pada bulan April 2018
“3.Detik-detik saat Razan ditembak
“Razan ditembak saat sedang lari menuju pagar perbatasan di dekat Khan Younis, Gaza, 17 Ramadhan , 2018. Dia sedang berusaha menolong korban yang terluka
“Mengenakan baju putih, seragam paramedis, “Dia mengangkat tangannya tinggi-tinggi dengan sangat jelas, tapi tentara Israel menembak dan dia tertembak di dada,” kata seorang saksi .
“Saksi lain bercerita bahawa Razan awalnya tak sedar bahawa dia sudah tertembak. Saat peluru telah tembus beberapa detik kemudian baru dia tersedar dan terjatuh ke tanah
“4. Ves yang Kakja pakai ini lah yang di pakai oleh Razan, di dalam poketnya hanyalah ada kapas dan peralatan medik, namun dia ditembak oleh rejim Zionis tak berperikemanusiaan (Sumber : https://www.bbc.com/indonesia/trensosial-44354400 )
“5. Antara kata kata Razan Al Najjar sangat memberi kesan ialah
“WITH ALL PRIDE, I WANT CONTINUE TO HELPING PEOPLE TILL LAST DAY”
“MasyaAllahhh Razan… kata kata mu menjadi doa, sungguh hari terakhirmu ialah saat dirimu memberi kan bantuan kepada mangsa cedera
“Razan, I Want to be like You, In sha Allah Aamiin,” kongsi Heliza.
View this post on InstagramA post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on
Untuk makluman, Razan yang meninggal dunia pada usia 22 itu telah dikebumikan pada 2 Jun 2018.
Jenazah diiringi ribuan rakyat Gaza yang bersedih di atas kematian tersebut sebagai mati syahid.
Foto : Instagram Heliza/ Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Ikutkan Hati Saya Mahu Lari Sebelum Majlis,” – Ardell Aryana Buka Mulut, Kecewa Sindiran Netizen
Menerusi temubual bersama pasangan pengantin baru, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana akhirnya membuka mulut berbicara soal video akad nikah yang tular di laman sosial minggu lalu.
Meminta maaf andai perilakunya di hari bahagia menimbulkan reaksi kurang senang sesetengah pihak, namun Ardell kecewa apabila netizen berterusan mengecam sehingga mengaitkan dengan soal malam pertama.
“Saya minta maaf atas video yang tular sehinggakan ada pihak mengatakan saya cacat, timbul video parodi dan parkinson.
“Sebenarnya saya tiada niat. Walaupun kami berdua pelakon, namun detik istimewa suami lafaz akad ‘aku terima nikahnya’ membuatkan kehidupan saya saat itu berubah.
“Saya mengidap anxiety dan tekanan yang sangat teruk, saya tidak boleh dikelilingi oleh orang ramai. Ketika itu semua perasaan timbul, nak marah pun ada.
“Kalau ikutkan hati saya mahu lari sebelum majlis. Saya memang tak mahu berkahwin kerana diserang panik.
“Itu yang sering terjadi. Sampaikan ada yang menyentuh isu malam pertama dan itu membuatkan saya bertambah tertekan.
“Setelah selesai bernikah, saya takut untuk keluar rumah. Pernah terjadi saya dan suami keluar untuk makan di Shah Alam, ada sekumpulan individu yang merakam gerak geri kami dan ketawa besar,” ulasnya tenang.
Nadzmi Adhwa turut meluahkan kekecewaan dan berharap agar netizen berhenti mempersendakan isterinya.
“Sejujurnya sepanjang berkawan, kami tidak pernah bersentuhan. Saya juga gementar saat akad nikah. Saya sedih kerana kami membina masjid dan masyarakat persendakan kami.
“Kami tidak salahkan sesiapa kerana tidak menjangka ia akan tular. Saya tidak suka orang berkata yang bukan-bukan kepada isteri saya,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by Mingguan Wanita (@mingguanwanita) on
Pasangan ini diijabkabul pada 1 September 2019 di kediaman keluarga Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin.
Foto : Instagram Mingguan Wanita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Boleh Kahwin Dah Dik Kalau Suka Baby,”- Komen Netizen Kepada Ara Johari Sebab…
Baru-baru ini penyanyi Ara Johari atau nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari telah memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, penyanyi yang berusia 21 tahun itu telah berkongsi gambar ketika dia sedang mendukung bayi.
“yes , saya suka baby” tulisnya.
https://www.instagram.com/arajohari/p/BvtWLjnBfZI/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=ak7jt8hqwsi8
Menariknya, perkongsian oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga itu telah menarik perhatian netizen.
Bukan itu sahaja, Ara telah menerima pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata netizen menyuruh Ara untuk berkahwin jika dia sukakan bayi.
Alahai, kalau dah sampai jodohnya, mesti Ara akan kahwin nanti. Betul tak?
Foto : Instagram Ara Johari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI