“Moga Ikatan Ini Diberkati,” – Khabarnya Telah Terima Sebentuk Cincin, Neelofa-PU Riz Kahwin Mac 2021?

Share

Selebriti dan usahawan, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd Ismail pada Ahad.

Difahamkan, kunjungan tersebut adalah bagi menyempurnakan acara merisik dan berjalan secara sederhana dengan kehadiran kedua pihak ahli keluarga di Taman Tun Dr Ismail.

Memetik Awani, Neelofa yang baru sahaja mengambil keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting kata sumber keluarga berkenaan.

Malah, Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Terdahulu ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed turut menzahirkan rasa syukur berikutan anaknya itu sudah bertemu lelaki pilihan hati.

Perkara tersebut dikongsikan Kartini menerusi Instagram.

Sementara di Insta Stories pula, Kartini turut memuat naik beberapa foto sekitar pertemuan selain turut mengharapkan agar ikatan terjalin dirahmati.

“Semoga ikatan ini dirahmati Allah, Amin…,” tulisnya ringkas.

Published by
MH