“Moga Jadi Anak Soleh,” – Bagai Semalam Baru Dilahirkan, Diam Tak Diam Anak Sulung Eyra Hazali Kini Hampir Berusia 3 Minggu

Share

Pelakon Eyra Hazali ada berkongsi foto terkini anak lelaki yang dirakam sedang tidur bersama bapanya, Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol skuad bola sepak JDT di Instagram.

Pejam celik, bayi comel yang diberi nama Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq itu kini sudah mencecah usia 19 hari selepas dilahirkan 14 Ogos lalu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji keluarga kecil ini di samping turut memuji kecomelan bayi pertama mereka selain mendoakan Hayder membesar sebagai anak yang baik.

Bergelar ibu dan bapa muda, Eyra dan Haziq sebelum ini mengakui mereka sudah bersedia untuk menempuh fasa sebagai suami isteri yang mempunyai anak.

Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 lalu di Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Eyra Hazali

Published by
MH