Menerusi Instagram, Amy selaku vokalis kumpulan rock lagenda, Search, ada berkongsi foto lama bersama, yang turut merakamkan figura pemain dram mereka, Yazit yang telah pun pergi mengadap Illahi kira-kira jam 11.53 pagi tadi.

Amy Search memuat naik beberapa foto throwback Search ketika di awal kemunculan, yang seterusnya menjetik rasa netizen yang membesar dengan lagu-lagu dari Search.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, Yazit Ahmad telah kembali ke rahmatullah 26 Sept 2019.

“Salam takziah buat seluruh keluarga dn Semoga tabah melalui dugaan ini. Ya Allah, Ya Rabb

Ads

“Moga Kau menerima taubat nya, ampunkn dosa nya dn di tmpatkan di syurga Mu tanpa hisab. AmeenYRA,” maklumnya menerusi entri terkini di Instagram.

View this post on Instagram

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎ Yazit Ahmad telah kembali ke rahmatullah 26 Sept 2019. Salam takziah buat seluruh keluarga dn Semoga tabah melalui dugaan ini. Ya Allah, Ya Rabb Moga Kau menerima taubat nya, ampunkn dosa nya dn di tmpatkan di syurga Mu tanpa hisab. AmeenYRA بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ  الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ  مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ  إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ  اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Ads

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut menitipkan ucapan takziah dan doa buat insan yang telah pergi buat selamanya.

“Moga Kau Menerima Taubatnya, Diampunkan Dosanya,” – Titipan Amy Buat Arwah Yazit Jentik Jiwa Netizen “Moga Kau Menerima Taubatnya, Diampunkan Dosanya,” – Titipan Amy Buat Arwah Yazit Jentik Jiwa Netizen “Moga Kau Menerima Taubatnya, Diampunkan Dosanya,” – Titipan Amy Buat Arwah Yazit Jentik Jiwa Netizen

Ads

Pagi semalam (Rabu), Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, HKL selepas dilaporkan tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi Taman Melati, Gombak untuk dikafan dan disembahyangkan.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Asar.

Foto: Instagram Amy Search

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI