“Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini.” Demikian luahan ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman yang tenang dan reda menghadapi pemergian anak sulungnya itu.
Khadijah meluahkan perasaan menerusi Instagram miliknya, mengucapkan penghargaannya atas perhatian orang ramai terhadap permata hatinya itu.
“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini.
“Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kesakitan atas pemergian Ashraf Daniel MohamedSinclair.
Ads
“Allah SWT mempunyai rancangan untuknya dan kami dengan tulus hati reda atas pemergiannya. Walaupun sukar untuk menerima, tetapi semoga kehidupannya selama 40 tahun ini menjadi terbaik untuk alam akhirat,” katanya.
Suatu ketika dahulu, nama pelakon Wardina Safiyyah cukup dikenali dalam industri seni lakonan tanah air. Paling diingati adalah lakonannya sebagai Misha dalam siri komedi Spanar Jaya. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 1997/98 ini juga turut aktif dalam bidang modeling dan pengacaraan, malah pernah membintangi beberapa buah filem.
Dan ketika namanya berada di puncak dan kemudiannya berkeluarga, Wardina memutuskan untuk berhijrah ke Australia membawa diri dan menyambung pelajaran pada tahun 2014. Sejak daripada itu nama Wardina dilihat jarang menghiasi dada akhbar mahupun media cetak dan elektronik, walaupun aktif di media sosial.
Dulu Anak Seni, Kini Ahli Prefesional Australia!
Kini meniti usia 45 tahun, pemilik nama Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot yang juga ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tetap kelihatan anggun dan terserlah kejelitaannya. Wardina juga dikhabarkan aktif menjalani kehidupan sebagai seorang ahli profesional di sana.
“Alhamdulillah saya kini bertugas sebagai seorang ahli psikologi berdaftar di sebuah pusat kesihatan di Brisbane membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah mental termasuklah kanak-kanak autistik.
“Di samping itu, saya juga aktif dalam aktiviti sukarelawan sebagai seorang petugas sokongan krisis (crisis support worker) bersama LifeLine di mana saya memberikan sokongan kepada mereka yang mengalami krisis emosi seperti kemahuan untuk menamatkan kehidupan dan lain-lain isu secara atas talian. Its my dream job!,” ujar Wardina.
Menurut Wardina lagi, kerjaya sebagai seorang ahli profesional cukup memberikan kepuasan buatnya.
“Saya banyak menghabiskan masa meningkatkan diri dengan ilmu di samping menyambung pengajian post graduate dalam bidang pengajian autistik memandangkan saya banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan kanak-kanak autistik.”
“Jujurnya, Saya Tak Rindukan Bidang Lakonan Langsung..” – Wardina
Walaupun pernah bergelar anak seni, Wardina mengakui kerap kali ditanya sama ada dirinya rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera namun jelasnya dia tidak terfikir langsung untuk kembali berlakon.
“HonestlyI don’t miss acting at all. Bidang seni adalah satu pengalaman hidup di mana babaknya sudah lama ditutup dan disimpan jauh buat selama-lamanya. Ia merupakan satu fasa hidup yang dah lama berlalu, namun saya hargai setiap satu momen yang mengajar saya untuk menjadi insan yang lebih baik.”
“Saya happy di sini bila tak ada siapa yang kenal kita. I live quite a simple and comfortable life here with my family. Ada yang bertanya bila mahu pulang ke Malaysia. For now, masih belum ada perancangan untuk kembali ke Malaysia. Lagipun suami pun bekerja di sini, he’s an architect. Anak-anak pun dah selesa. Do I miss Malaysia?Of course, Malaysia negara kelahiran saya. Tapi kita tak pernah tahu perancangan Tuhan kan? We’ll see..” ulas Wardina lagi.
Kini bahagia menetap di Brisbane dan memasuki tahun kelapan hidup di Australia, Wardina juga bersyukur anak-anaknya mudah menyesuaikan diri di tempat orang.
“Australia negara yang cukup bebas dan terbuka namun syukur anak-anak masih mampu mengawal diri, malah saya dan suami selalu tanamkan perasaan cintakan agama dan Islam.
“Malah mereka juga sangat berbangga dengan asal usul dan identiti mereka sebagai seorang Muslim serta tidak mengagungkan orang barat. Alhamdulillah, mereka anak-anak yang baik dan mudah dibentuk,” ujar Wardina.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi laman Instagramnya sebentar tadi, Atiq Azman memuatnaik sebuah foto dirinya dengan kapsyen “Who wants to be my partner for valentines day tonight? #14february2019.”
14 Februari merupakan sambutan Hari Kekasih sedunia, namun netizen Malaysia mula mengeluarkan kata-kata yang mungkin membuatkan Atiq akan berfikir dua kali sebelum memuatnaik posting di laman sosial.
A post shared by Atiq Azman (@therajaatiqullah) on
Netizen meminta penjelasan pelakon Nur ini mengapa dia ingin menyambut Hari Kekasih walaupun telah difatwakan haram?
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengingatkan umat Islam bahawa meraikan Hari Valentine adalah dilarang sama sekali. Keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 22 November 2005 bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Foto – Instagram Atiq Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Permohonan ikat jamin anak sulung Shah Rukh Khan telah dinafikan oleh mahkamah Khas Mumbai hari ini. Aryan Khan yang kini ditahan di Penjara Arthur Road atas kesalahan penyalahgunaan dadah mungkin akan menyambut cuti umum Deepavali di sebalik tirai besi.
Ini kerana pihak mahkamah akan bercuti sepanjang awal November bagi sambutan perayaan terbesar yang disambut rakyat India itu.
Penolakan permohonan ikat jamin ini dilihat sebagai satu indikasi yang pihak berkuasa India mengambil serius hal tersebut dalam usaha mematahkan sindiket dadah yang berleluasa.
Walaupun begitu, peguam yang mewakili Aryan, Satish Maneshinde dan Amie Desai akan membawa permohonan ikat jamin tersebut ke Mahkamah Tinggi Mumbai. Kedua-dua mereka teguh dengan hujah yang tiada sebarang dadah berada dalam simpanan Aryan ketika serbuan dilakukan pihak Biro Kawalan Narkotik India (NCB) di atas kapal persiaran yang dinaiki jejaka berusia 23 tahun itu di pantai Mumbai.
Dalam satu dokumen yang dilaporkan oleh India Today, dinyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama Aryan terlibat dengan penggunaan dadah terlarang.
“Ada banyak bukti dalam bentuk perbualan WhatsApp tertuduh no. 1 (Aryan Khan) dengan warga negara asing dan orang yang tidak dikenali yang berurusan dengan dadah. Terdapat rujukan dadah keras dan jumlah besar dalam perbualan WhatsApp yang tidak dapat digunakan untuk dimakan, dengan orang yang tidak dikenali yang disyaki menjadi sebahagian daripada sindiket dadah antarabangsa, “kata perintah mahkamah itu.
Anak bintang Bollywood terkenal ini ditangkap oleh pihak NCB pada 3 Oktober lalu bersama tujuh tertuduh yang lain.
Untuk pengetahuan para pembaca. Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri, berkahwin berlainan agama. Anak-anak mereka didedahkan dengan ajaran Islam dan Hindu serentak dan mereka menghormati serta menyambut perayaan kedua-dua agama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadhir Nasar mengakui masih mencari pasangan hidup dan tidak menafikan mengimpikan wanita dari Kelantan sebagai suri hatinya.
Menurut pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi...