HomeBerita“Moga Lebih Ramai Dapat Kongsi Rezeki…,” – Artis Pun Turun Padang, Program...
“Moga Lebih Ramai Dapat Kongsi Rezeki…,” – Artis Pun Turun Padang, Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan Sukses Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records!
Sukses dengan penganjurannya, Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan yang berlangsung dari 2 Mac sehingga 22 Mac lalu berjaya menerima pengiktirafan di Malaysia Book Of Records sebagai Program Amal Gelandangan dengan penyertaan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) terbesar di Malaysia.
Membabitkan sebanyak 115 pertubuhan, acara yang mengedarkan lebih 4,500 makanan dan barang keperluan asas seperti kit penjagaan kebersihan diri dan makanan kering yang dianjurkan oleh Persatuan Muafakat Darul Ehsan (Pakat).
Antara lokasi yang dikunjungi oleh ahli NGO Program Kasih 21 Mesra Gelandangan setiap hari bermula pukul 8 malam hingga 10 malam adalah di kawasan Masjid Jamek, Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan Jalan Ipoh.
Turut sama turun padang ialah selebriti tempatan sepertiSyura Badron, Lan Solo, Ayu Damit, Zur Eda, Abon, Daqmie dan ramai lagi.
Ketua Pengarah Program tersebut, Datuk Seri Nor Hasnal memberitahu, Program 21 Hari Kasih Mesra Gelandangan anjuran PAKAT itu dijayakan bersama dengan rangkaian Pertubuhan NGO serta agensi kerajaan Malaysia.
“Mula-mula rancang nak buat sehari atau dua hari saja seperti selalu. Entah macam mana nak buat kelainan, itu yang datang idea buat 21 hari. Ramai yang tanya saya, betulkah nak buat program selama 21 hari, siapa nak tanggung nanti?
Ads
Bagi saya, bila sudah ada niat teruskan saja, dana fikir kemudian. Alhamdulillah dari awal mesyuarat hinggalah program ini dilaksanakan, Allah permudahkan segala urusan. Ada saja pihak yang tampil untuk menghulur bantuan.
“Kita jalin kerjasama dengan NGO yang sedia ada dan sehingga kini sudah ada 101 NGO yang turut serta. Hingga saat akhir masih ada lagi tiga NGO yang menyertai dan kesemuanya adalah 115 NGO yang mengambil bahagian,” jelas Nor Hasnal.
Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan dengan tema Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai itu bertujuan untuk membantu golongan gelandangan dan insan terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menyediakan barangan keperluan seharian dan juga makanan buat mereka.
Ads
“Program ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui bantuan yang disediakan, pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab strategik.
“Malah pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk melahirkan ahli-ahli, pelapis pertubuhan serta persatuan yang jelas matlamat dan tujuannya serta lancar gerak kerjanya hasil daripada kesepakatan bersama.
“Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Segala kerjasama dan sokongan semua pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak amat diharapkan,” kata Nor Hasnal lagi.
Ads
Sementara itu, penyanyi, Lan Solo turut sama teruja apabila ditawarkan menyertai program amal seumpama itu.
Bagi Lan, program bermanfaat untuk komuniti itu perlu diteruskan, bukan hanya membabitkan 115 NGO, tapi lebih ramai lagi boleh turut sama menghulurkan bantuan.
“Ia supaya lebih ramai lagi dapat berkongsi rezeki dengan mereka di sini. Sebelum ini saya juga ada buat projek kecil di sini tapi tidaklah secara besar-besaran sebegini.
“Justeru, dengan kehadiran Ramadan tak lama lagi, saya merasakan program sebegini sedikit sebanyak memberikan semangat kepada mereka,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/v6EO1hetoCo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan terpaksa berpuas hati untuk berada di kedudukan keempat selepas hanya satu kilogram membezakan peluangnya untuk meraih pingat gangsa di Olimpik Paris 2024.
Menerusi acara kategori 61 kilogram (kg) yang berlangsung pada Rabu, atlet berusia 22 tahun itu berjaya membuat angkatan 297kg, berada di belakang atlet Amerika Syarikat, Hampton Morris dengan angkatan 298kg.
Bagaimanapun, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu berjaya memperbaharui rekod kebangsaannya dengan angkatan 296kg bagi kategori 61kg.
Aniq menamatkan pusingan snatch dengan angkatan 130kg untuk berada di tangga keempat dan 167kg dalam clean and jerk.
Pingat emas dimenangi oleh atlet dari China, Li Fabin dengan angkatan 310kg, manakala perak dimenangi oleh atlet dari Thailand, Theerapong Silachai (303kg).
Sejurus saingan, Aniq akui perasaanya sedikit kurang baik meski cuba melakukan sehabis upaya untuk menyumbang pingat kepada negara.
“Perasaan saya kurang baik sebab kalah beza satu kilogram tetapi bangga kerana dapat buat terbaik hari ini.
“Alhamdulillah ini keputusan akan buat saya lebih kuat pada masa akan datang,” katanya, lapor Astro Arena.
Atlet tersebut sebelum ini telah menghadiahkan gangsa kepada Malaysia dalam Kejohanan Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi aktiviti seharian di laman Instagram, YB Syed Saddiq dilihat sedang merapikan rambutnya di sebuah kedai gunting mamak.
Apa yang menarik adalah poster yang tertampal di kedai tersebut sehingga empunya wajah pun turut sama meninggalkan komen di entri Menteri Belia Dan Sukan itu.
“Cantik Rambut Saya Nampak Dari Belakang.”
Lebih menghiburkan, Datuk Seri Haji Mukhriz turut sama memberi reaksi kepada posting tersebut.
Malah, ada yang bermurah hati menawarkan khidmat salun secara percuma kepada Menteri Besar Kedah ini.
“It’s been a long time since…”
Ulas netizen lagi, perkongsian ini dilihat mampu menjentik hati golongan muda agar bijak berbelanja.
Foto – YB Syed Saddiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Saban tahun penyanyi remaja, Zaki Yamani akan meraikan kedatangan 1 Syawal di kediaman datuknya di Shah Alam, Selangor.
Bercerita lanjut mengenai momen raya, Zaki, 16, berkata setiap kali raya ada satu juadah yang paling ditunggu-tunggu olehnya iaitu masakan rendang yang dimasak oleh jiran datuknya sendiri.
“Saya memang hantu rendang yang dimasak jiran datuk saya… setiap tahun memang saya tertunggu rendang makcik sebelah rumah atuk.
“Kalau dapat makan, memang lengkaplah raya saya,” katanya kepada Media Hiburan.
Bakal menggayakan sembilan pasang baju Melayu sepanjang Syawal, anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ini berkata dia hanya sempat membeli sepasang baju Melayu.
Selebihnya, dia bersyukur kerana ditaja rakan selebriti, Wak Doyok serta jenama Bulan Bintang.
“Tahun ini hari raya saya paling meriah, sebab saya ada sembilan pasang baju raya! Memandangkan tahun ini baru kita dapat beraya semula, jadi mestilah sambut secara all out.
“Saya akan pakai hari-hari baju Melayu. Keluarga pun mungkin pakai baju raya sampai Syawal kedua atau ketiga sahaja. Saya suka pakai sebab baju Melayu memang selesa dan praktikal,” katanya lagi.