“Moga Membesar Jadi Anak Solehah,” – Nubhan Kongsi Wajah Anak, Beri Nama Afzan Nayille, Makna Pun Sedap!

Share

Penyanyi Nubhan Ahamad berkongsi nama anak bongsunya dalam satu perkongsian terkini di Instagram, hari ini.

Sambil berkongsi foto keluarga, Nubhan turut mendedahkan makna sebalik nama yang dipilih bersama isteri, Dr Afifah Hidayah Tawfek.

“Assalamualaikum Afzan Nayille binti Ahmad Nubhan. Baby masih berpantang di @paramountpostpartum, balik cepat ya Lili! Abah dah krem pinggang nk berulang Melaka.

“Afzan : kemenangan, Nayille : rahmat (grace). Semoga membesar jadi anak solehah ya anak ku,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Rata-rata peminat turut sama tumpang gembira menatap wajah anak bongsu pasangan ini selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat mereka seisi keluarga.

Terdahulu, Dr Afifah selamat melahirkan anak ketiga mereka 12 Januari lalu. Bayi perempuan seberat 3.37 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan kira-kira pukul 11.45 pagi.

Untuk rekod, Nubhan dan isteri berkahwin pada 2015 dan pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata, Aafiya Kamilia berusia empat tahun dan Ahmad Aaffan, dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH