“Moga Menjadi Anak Soleh,” – Eyra Hazali Kongsi Foto Keluarga Kecilnya, Ramai Yang Puji!

Share

Pelakon, Eyra Hazali atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali telah selamat melahirkan anak sulungnya Jumaat lalu.

Terbaru, pelakon berusia 21 tahun ini telah mendedahkan nama serta wajah anaknya bersama peminat menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

“Alhamdulillah Muhammad Hayder Qhalish bin Muhammad Haziq. Friday, 14/08/2020 at 14:18,” tulisnya ringkas.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitip ucapan tahniah di samping memuji kecomelan wajah anak pertamanya itu.

Turut sama di dalam foto berkenaan ialah suaminya yang juga penjaga gawang pasukan JDT, Haziq Nadzli.

Terdahulu, bayi seberat 3.25 kilogram itu dilahirkan secara normal selepas 21 jam aktres berkenaan bertarung nyawa di wad bersalin.

Sekadar informasi, Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama Haziq Nadzli pada 1 November lalu di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Eyra Hazali

Published by
Nazar Rafiqhi