Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menzahirkan rasa syukur selepas proses penceraiannya bersama bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan dengan cara baik.
Jelas Syamsul, meskipun keputusan tersebut agak berat, namun, ia dibuat demi kebaikkan anak-anak.
“Alhamdulillah syukur segalanya hal tentang penceraian telah pun selesai hari ini. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang telah kami bincangkan sebelum ini. Semuanya adalah demi masa depan dan kebaikkan anak-anak kami.
“Kalau kami memikirkan tentang diri kami sahaja, perkara ini akan memberi kesan pada anak-anak. Saya sebagai ayah dan Puteri Sarah sebagai ibu tak rela nak memperjudikan perasaan anak-anak. Ini pengakhiran yang baik.
“Tentang perbelanjaan dan keperluan anak-anak pula, segalanya akan ditanggung oleh saya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Syamsul turut mendedahkan dia harus mengambil masa untuk membuat keputusan ini bagi memikirkan dahulu tentang implikasi yang bakal menimpa keluarganya.
“Sudah tentu kami kena mengambil sama untuk membuat sebarang keputusan. Setiap keputusan punyai implikasinya. Jadi, kami memilih jalan yang terbaik.
Ads
“Sarah sebagai ibu pun tidak mahu anak-anak berjauhan dengan bapa mereka. Saya pun tak mahu penceraian ini memberi kesan besar buat anak-anak,” ujarnya lagi.
Anak kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu berkata sedemikian selepas selesai prosiding lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Syamsul turut berharap agar kisahnya ini dapat menjadi pengajaran buat pasangan suami isteri di luar sana.
“Daripada awal lagi, saya menganggap ini adalah ujian hidup saya. Kami pun bukan muda lagi. Kami perlu kuat dan Alhamdulillah pengakhirannya baik.
Ads
“Diharapkan Sarah dapat meneruskan kehidupannya dengan baik. Begitu juga dengan saya. Walaupun berpisah, kami tidak berdendam lagi. Saya reda kerana ini lumrah kehidupan.
“Saya harap apa yang berlaku kepada kami ini dapat menjadi pengajaran bukan sahaja kepada para selebriti tetapi kepada orang-orang lain di luar sana,” akhirinya.
Terdahulu, Syamsul telah sah melafazkan cerai talak satu terhadap Puteri Sarah pada Rabu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas.
Ads
Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.
Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Nabila Huda akui kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang dikatakan seperti sengaja ingin mencari kesalahan bagi menyebarkan kebencian terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Nabila, dia sendiri tidak faham mengapa sikap seperti ini masih lagi berterusan meskipun Perdana Menteri kita sudah silih berganti.
“Hari tu tiada Perdana Menteri bising, marah dan tak puas hati sebab lama tunggu. Sekarang dah ada tak puas hati pula.
“Sebelum-sebelum ni tak suka, yang baru pun tak suka. Habis nak yang mana ni? Semua ada je tak kena. Sampai kasut orang tu pun kau nak investigate berapa harga. Apa benda korang ni?,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon telefilem, Halimun itu menerusi beberapa hantaran di Twitter.
Pada masa sama, Nabila turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan agar urusan perdana menterik kita sentiasa berjalan dengan lancar.
“Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Malaysia. Kite doakan our Pm10 supaya urusan dia berjalan dengan lancar.
“Yang penting sekali tolong doakan sahabat saya,Nad Zainal supaya dia kembali sihat ya. Have a great day ahead everyone,” kongsinya lagi.
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial berhubung isu kasut kulit berjenama Louis Vuitton yang dipakai oleh Datuk Seri Anwar yang dikatakan berharga lebih RM5,500.
Isu tersebut dikatakan sengaja dibangkitkan sebagai sindiran terhadap keputusan Anwar menolak penggunaan kereta jenis Mercedes S600 yang disediakan khas buat Perdana Menteri.
Lantaran itu, Anwar telah pun tampil memberikan responnya berhubung isu tersebut menerusi sebuah ciapan di Twitter.
Jelas Anwar, kasut tersebut adalah pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dua tahun yang lalu.
Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah. https://t.co/lLOYqxtrr3
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas pandangannya terhadap kempen bendera putih telah disalah erti hingga menimbulkan kontroversi.
Perkara itu dilakukan Vida menerusi akaun media sosial miliknya.
Di dalam video secara langsung itu, Vida menegaskan dia tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana-mana pihak.
“Dengan apa penerangan saya, diharap jika terkasar bahasa, terkeliru atau terasa dengan apa yang saya cakap, saya minta maaf banyak-banyak.
“Saya tidak bermaksud sekali pun untuk menyakitkan hati you all. Saya minta maaf ya. Tolong sampaikan kepada mereka yang terasa. Saya tak bermaksud untuk bak bagi you all terasa, sakit hati, berbalah sesama you all.
“Saya nak ucapkan salam permulaan hidup, normal baru,” katanya.
Vida antara lain turut melakukan inisiatif dengan memulakan kempen peraduan #usahajanganmalas dan meminta pengikutnya di media sosial menghantar video kreatif menggunakan hashtag berkenaan.
Pemenang bakal menerima hadiah berupa wang tunai yang akan diumumkan pada 17 Julai depan.
Menerusi video sama, Vida turut berhasrat melakukan infaq berbentuk senaskhah al-quran kepada mana-mana individu yang membeli set wangian keluarannya.
Penyanyi dan pelakon, Zarul Husin memberikan pendapat selepas ditanya berhubung isu bertelagah melibatkan sesama artis tanah air yang hangat diperkatakan di media sosial.
Sebagai penyanyi yang sudah berkecimpung dalam dunia nyanyian lebih 20 tahun, Zarul atau nama lengkapnya, Zairulkefli Husin ini mengakui berasa kesal apabila melihat situasi sedemikian berlaku di kalangan artis tanah air.
“Sejujurnya, saya berasa kesal apabila melihat sesama artis bergaduh antara satu sama lain. Bila buat sesuatu keputusan dalam keadaan marah, ada kesannya.
“Pada pendapat saya, sebagai orang lama nasihat saya kepada artis yang nak bergaduh sesama artis fikirlah dengan sebaik-baiknya sebab industri ni kecil. Pusing-pusing kita akan berjumpa balik.
“Kita ni hidup pun tak lama, esok lusa kita pun tak tahu kita ada lagi atau tidak, jadi memaafkan sesama kita adalah lagi penting bagi saya. Hidup dengan aman damai, berkasih sayang antara satu sama lain,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 47 tahun ini berkata sudah menjadi asam garam kepada golongan selebriti berdepan dengan kecaman.
Meskipun begitu, pemenang tempat ketiga program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) ini tidak mahu bersikap berdendam dengan sesiapa sahaja.
“Macam saya, ada juga orang yang beri kecaman atau komen yang negatif pada saya. Tapi saya tak mahu berdendam dengan sesiapa pun.
“Sejujurnya, saya tak suka lagipun kita ni bukan hidup lama dekat dunia ni. Mahu berdendam nak bawa pergi mana kan? Jadi saya bertenang sahaja,” katanya lagi.
Dia pada masa sama turut selesa hidup dalam lingkungannya sendiri kerana ia sedikit sebanyak mengelakkannya daripada terjerumus dalam hal sedemikian.
Dalam perkembangan lain, Zarul baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Sepenuh Hati ciptaan komposer Ajai dan penulis lirik oleh Iman Imran.
Kongsi Zarul, dia berasa teruja serta gembira apabila impian untuk berkerjasama dengan Ajai akhirnya tercapai.
“Saya sebenarnya dah cuba untuk berkerjasama dengan Ajai pada tahun 2013 lagi tapi pada ketika itu mungkin belum ada rezeki saya.
“Seperti yang kita tahu, Ajai seorang komposer yang pernah menang beberapa anugerah jadi saya berbangga bila dapat berkerjasama.
“Bila dapat peluang seperti inu, saya rasa ia satu rezeki juga,” katanya ketika sesi sidang media single berkenaan yang dilakukan secara virtual pada Selasa.
Foto: Instagram Zarul Husin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Bo Ra disahkan telah bercerai dengan suaminya yang juga pengarah filem, Jo Ba Reun, kurang daripada setahun selepas mendirikan...