Terbaru penyanyi senior Ziana Zain telah memuat naik sekeping gambar bersama adiknya yang juga seorang penyanyi, Anuar Zain di akaun Instagram miliknya.
“Selamat Hari Lahir buat @anuarzain70 Moga Senantiasa DiLindungi Allah S.W.T, DiBerkati, DiLimpah Ruahkan Rezeki Dan Sukses Dalam kehidupan Juga Kerjaya… Aamin” tulisnya.
Sempena hari ulangtahun kelahiran penyanyi ‘Sedetik Lebih’ itu, Ziana telah titipkan doa dan ucapan kepada Anuar supaya sentiasa terus sukses dan Berjaya dalam kerjaya.
Rata-rata netizen memuji Ziana dan Anuar yang sentiasa kelihatan muda dan bergaya. Malah netizen juga turut mendoakan dan mengucapkan selamat kepada penyanyi itu.
Ads
MH mengucapkan selamat hari jadi kepada Anuar Zain. Semoga Anuar Zain sentiasa sukses dan terus mewarnai industri muzik tanah air.
Ads
Untuk rekod, Anuar Zain dilahirkan pada 15 Februari 1970 di Merlimau, Melaka dan hari ini Anuar Zain menyambut hari kelahirnya yang ke 49.
Foto : Instagram Ziana Zain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Nabil Ahmad tidak menafikan di dalam menjaga keharmonian, setiap pasangan yang berkahwin pasti akan berdepan dengan ujian dan cabaran naik turun bahtera rumah tangga.
Bagaimanapun, kata Nabil, 39, setiap ujian yang datang itu berbeza-beza dan baginya, kesabaran dan tolak ansur menjadi antara faktor penting dalam mengekalkan institusi kekeluargaan.
“Ada ketika bila tengok kawan-kawan diuji dengan masalah rumah tangga, saya berdoa semoga Allah berikanlah kesabaran dalam diri isteriku. Manalah tahu kalau suatu hari dia tidak sabar, mahkamah dia pergi. Risau juga.
“Sebabnya saya tidak boleh menafikan di dalam layari bahtera rumah tangga, memang ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Jadi bagi saya untuk jaga keharmonian rumah tangga kena banyak bersabar. Pada masa sama jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan betul.
“Jujurnya saya yang perlu berikan tumpuan kepadanya lebih 100 peratus kerana di antara kami rasanya dia yang paling banyak bersabar. Dia yang paling banyak terima kekurangan dan dia banyak menasihati saya,” katanya kepada MH.
Hos Gegar Vaganza 9 itu ditemui pada Majlis Pelancaran & Jualan Promosi Pembukaan Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.
Ditanya mengenai keadaan semasa susulan konflik perkahwinan melibatkan beberapa rakan artis, Nabil mengambi pendirian mendoakan agar urusan mereka dipermudah.
“Saya cuba ambil iktibar terhadap apa sahaja yang berlaku ketika ini untuk muhasabah diri dan cuba menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Sebelum ini mungkin saya hanya ingat sudah kerja dan cari nafkah, yang selebihnya biarlah isteri yang lakukan.
“Namun melihat kepada situasi sekarang, saya cuba untuk buat perkara yang jarang saya lakukan sebelum ini. Misalnya bila balik kerja akan tanya isteri kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu dan sebagainya. Jadi sikap ambil berat dan peka itu lebih sikit.
“Apa pun bila mengenali beberapa rakan kita yang sedang diuji (masalah rumah tangga), saya tak mahu nak komen apa-apa. Sebaliknya lebih kepada mendoakan. Semoga mereka dapat lalui ujian ini dan dapat berbaik semula, insya-Allah,” katanya lagi.
Sementara itu, gedung baharu Jakel yang terletak hanya 200 meter dari lokasi lama yang sebelum ini musnah dalam kejadian kebakaran telah pun memulakan operasi jualannya.
Pengarah Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, premis berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan.
“Premis baharu kami ini menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa selain ada disediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,”
“Apapun kami bersyukur kerana dengan izinNya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri. Pembeli juga berpeluang dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya yang turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel.
“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri. Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” katanya lagi.
Selain Nabil, aktor Aaron Aziz juga menjadi wajah wakilan bagi jenama ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah akui dirinya kini lebih bijak dalam menilai setiap perkara yang berlaku di dalam dunia ‘glamour’.
Menurut Watie, tidak semua perkara yang tersebar itu adakah benar dan ada kalanya setiap dakwaan itu dibuat tanpa usul periksa.
“Dulu masa zaman mummy jadi ‘nurtizen’, tak tahu dunia artis dan dunia media portal ni semua. Mummy pun macam korang. Bila baca segala cerita portal, kita mula lah judge itu ini.
“Tapi bila Allah bagi mummy kehidupan yang ada kaitan dengan dunia yang segala benda akan jadi tajuk utama, baru Mummy faham.
“Tak semua cerita yang menjadi tajuk utama
adalah benar. Kita tiada dalam dunia dan kehidupan mereka. Jadi kita takkan pernah tahu cerita sebenar mereka,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Watie menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Dalan pada itu, Watie turut menasihatkan orang ramai untuk berfikir panjang sebelum
memberikan sebarang pendapat tentang kehidupan para artis.
“Tapi pernah tak kita fikir, kita hentam, kutuk dan fitnah mereka, apa kesan yang kita dah bagi pada mereka? Emosi mereka? Mental mereka?
“Dan kita? Tanpa sedar mengumpul dosa setiap hari,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Watie turut memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sangat kuat meskipun dihujani pelbagai dugaan.
“Ujian yang hebat, untuk orang yang hebat. Jadi suami mummy orang yang hebatlah kan
“Alhamdulillah,” kongsinya.
Baru-baru ini, nama Shuib sekali lagi menjadi perhatian selepas Mahkamah Majistret Shah Alam menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM17,500.
Ia susulan selepas Shuib dan seorang lagi pengarah Bubbleebee, Kho Choon Guan mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Perkeso tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi ruangan komen, Hanis telah meninggalkan komen terhadap video tersebut.
Dalam perkembangan lain, Hairul kini sedang sibuk menjalani sebuah pengambaran bagi filem Wira selepas kejayaan filem Paskal arahan pengarah sama, Adrian Teh.
Di samping itu, Fify Azmi yang bergandingan dengan Hairul memegang watak heroin sebagai Zain.
Video : IG Hairul Azreen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!