“Moga Setiap Kali Berdetiknya Zikir Itu, Berlimpah Rezeki,” – Dedikasi Nora Danish, Khas Buat Pemberi Hadiah

Share

Baru-baru ini, Nora Danish ada berkongsi sekeping foto hitam putih di Instagram yang mendapat perhatian ramai.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif memuat naik foto alat khas zikir digital yang dihadiahkan kenalan untuk dimanfaatkan.

“Bila mak & anak berlumba zikir dari perjalanan rumah popua ke rumah sendiri.

“Bila buat Mcm ni, dia diam sikit dalam kereta heheh, sambil dapat pahala. InsyaAllah,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang Bencinta ini turut mendedahkan salah satunya merupakan pemberian dari rakan pelakon, Linda Rafar.

“Tq sayang ku @salya80 for the zikir & the other one was a gift from @lindarafar masa shoot.

“Love u guys ! Semoga setiap kali berdetik nya zikir Itu, berlimpah rezeki diberi pada anda. Amin,” maklum Nora.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Bagaimanapun, Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.

Foto: Instagram Nora Danish

Published by
Nazar Rafiqhi