“Moga Tahun Depan Saya Jadi Pengantin,” – Pantun Raya Ameera ‘Diaminkan’ Jefri Nichol, Letak Emoji ‘Love’ Pada Nama

Share

Perkongsian ucapan raya daripada adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan mengundang perhatian warganet apabila berkongsi pantun yang turut terselit mengenai perkahwinan.

Menerusi Instagram miliknya, Ameera menulis pantun sambil berseloroh berharap agar tahun hadapan dia bakal bergelar raja sehari.

“Ada rendang ada ketupat⁣, Masuk mintak jangan lambat⁣, Kalau tidak diambil orang⁣, Sudah berkenan terus bincang.

“Asyik ucap salam aidilfitri, Bila pula you nak salam my wali? ⁣Selamat hari raya, maaf zahir batin. Moga tahun depan saya jadi pengantin,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Apa yang menarik, teman yang didakwa dengan rapat dengannya, pelakon Indonesia, Jefri Nichol turut ‘mengaminkan’ pantun tersebut pada ruangan komen.

Respon berkenaan turut menerima ratusan tanda suka daripada pengikut masing masing sambil disusuli dengan reaksi pelbagai.

Sementara itu menerusi Insta Stories, Ameera juga turut meletakkan emoji berbentuk hati warna ungu pada nama aktor tersebut berlatar belakangkan jambangan bunga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH