
Menerusi akaun Instagram pengacara Jihan Muse telah berkongsi sekeping gambar, semalam.
Jihan memaklumkan, dia memaklumkan dia tidak sihat dan sedang membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di ibu kota.
“Allahumma inni as aluka al-‘afiyah.. .Doakan result nya esok. Moga takde apa yg serius. Maaf lah kpd pihak terlibat terutamanya utk urusan kerja, saya tak boleh bg 100% buat masa ni sebab kena berjaga2 sebelum kene jaga. #mri #sakitmakmak”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
Dalam pada itu, rakan artis turut mendoakan pengacara yang berumur 35 tahun itu cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Diharapkan tiada penyakit serius yang dialami Jihan.
Foto : Instagram Jihan Muse
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Salam Atau Sarung Cincin Terus,”- Kenang Momen Nikah, Nelydia Senrose Cerita Fasal ‘Coverline’, Pegang Tangan Ibu Mertua

Sudah tujuh bulan bergelar isteri, pelakon Nelydia Senrose mengimbau detik pernikahanya pada 6 April lalu bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Kongsi pelakon drama Lelakimu Yang Dulu itu, ketika majlis itu berlangsung, dia dalam keadaan keliru sama ada perlu bersalam atau menyarungkan cincin terlebih dahulu.
“LOL masa ni masing-masing nervous so tak tahu patut salam dulu ke sarung cincin terus, nasib baik Nely pandai cover terus konon-konon pegang my mother in law padahal tangan yang dihulur belum disambut lagi hahahah.
“Mama and my mother in law cantik sangat-sangat kan?,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by @ nelydiasenrose on
Terdahulu, pasangan itu dinikahkan bapa Nelydia, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.
Nelydia, 24, menerima mas kahwin berjumlah RM10,000 berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada Mohd Hafez.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
View this post on InstagramA post shared by @ nelydiasenrose on
Foto / Video : Instagram Nelydia Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ada Hak Nak Datang,” – Kehadiran Di All Stars GV Raih Perhatian, Sophia AlBarakbah Minta Jangan Ungkit Kisah Lama

Pelakon, Sophia Albarakbah memaklumkan keberadaannya di program All Star Gegar Vaganza (ASGV) Ahad lalu adalah untuk menemani dan memberikan sokongan terhadap sepupunya, Aishah Retno.
Penyanyi itu membuat persembahan di program GV Live Plus.
Jelas Sophia, dia juga ingin menonton persembahan para peserta yang bertanding.
“GV itu pertandingan apa? Pertandingan itu untuk siapa? Ia merupakan pertandingan untuk artis. Ramai artis yang bertanding di situ.
“Lagipun, saya datang ke GV untuk berikan sokongan terbadap sepupu saya, Aisha Retno sebab dia buat persembahan di GV Live Plus,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media filem Harimau Malaya: The Untold Story yang berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.
Kehadiran Sophia di konsert minggu ke-3 ASGV itu mendapat perhatian ramai kerana sebelum ini dia pernah terkait kontroversi ‘cinta lokasi’ bersama salah seorang peserta, Aliff Aziz.
Dalam pada itu, Sophia turut mendedahkan telah pulang sebaik sahaja Aisha selesai membuat persembahan.
“Saya tonton sehingga Liza Hanim buat persembahan. Kemudian, pada pukul 11 giliran Aisha pula yang buat persembahan.
“Dia tarik saya keluar untuk lihat dia buat persembahan. Selepas itu, kami terus pulang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Sophia turut menyifatkan dirinya punyai hak untuk menghadiri mana-mana program dan berharap agar orang ramai tidak membangkitkan semula kisah-kisah lama.
“Pada saya, kalau kita bertembung sekali pun di program tersebut, ia tidak menjadi satu masalah kerana kami berada di dalam satu industri yang sama.
“Tiada masalah buat kami untuk berada di satu tempat yang sama. Saya tak rasa kehadiran saya di program tersebut akan mencetuskan kontroversi.
“Apa yang terjadi diantara kami merupakan kisah lama. Saya ada hak juga untuk pergi ke program tersebut.
Saya okay sahaja untuk datang lagi untuk sokong artis-artis yang bertanding,” akhirinya.
Sekitar Januari lalu, nama Sophia mencetuskan sensasi selepas isteri kepada Aliff, Bella mendakwa dia menjadi orang ketiga yang menggangu rumah tangganya
Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan mengganggu rumah tangga pasangan itu.
Aliff dan Bella yang mendirikan rumah tangga pada 2016, kini bahagia bersama sepasang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Manakala, Sophia pada bulan lalu juga dilaporkan mengakui sudah putus cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr. Doctor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Papa Berak Jela Dalam Seluar…”-Jawapan Amyra Rosli Kepada Amar Baharin, Kelakar Habis!

Pelakon Amar Baharin telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen;
“kalau dua2 manja mcm ni, mcm mane papa nak gi toilet? #JodohJodohAnnisa episod 10 ptg ni 6 petang di Astro Prima (105) & PrimaHD (121)” tulisnya.
Lalu, isteri kepada Amar iaitu Amyra Rosli telah membalas komen diruangan gambar tersebut.
“Papa berak jela dlm seluar” tulis Amyra dengan berseloroh.
Manariknya, kata kata yang ditulis oleh Amyra telah menarik perhatian peminat kerana terhibur membaca komen tersebut.
Malah, peminat turut berasa kelakar apabila melihat gelagat pasangan ini di laman media sosial.
Alahai, kelakar sungguh Amyra ni. Pandai menyakat and mengusik suami. Patutlah Amar sayang dekat Amyra.
Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin pada November 2016 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Aqeef Anaqi, 1 tahun.
Foto : Instagram Amar Baharin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI