Pelakon Nisha Dirr menzahir rasa dukacita selepas memaklumkan bapanya, Nik Dir Nik Hussin telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Khamis.
Khabar menyedihkan itu dikongsikan sendiri oleh Nisha menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Ayah kandung saya telah menghembuskan nafas terakhir petang tadi.
“Ya Allah ampunkan la dosa Ayahku. Tempatkan la Abah di kalangan orang yang beriman, tulisnya.
Menerusi entri yang sama, pelakon filem, Man Laksa ini turut memanjatkan doa semoga bapanya itu terhindar daripada azab yang berat dan ditempatkan di syurga.
“Moga terhindar dari azab kubur, terhidar dari azab padang mashar, terhindar dari azab api neraka.
“Masuklah abah Nik ke dalam syurga dengan belas ehsan dan rahmat mu ya Allah,” pintanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Nisha.
“Salam takziah dear. Semoga diberikan ketabahan. Al-Fatihah,” balas Zarina Zainoordin.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga beliau bersama yang beriman dan sejahtera di taman syurga. Salam takziah juga buat seisi keluarga,” tulis Arja Lee.
“Salam takziah. Al-Fatihah buat arwah,” kata Sharifah Shahora.
“Salam takziah Nisya. Semoga roh arwah ayahanda ditempatkan bersama orang-orang beriman,” komen Aznah Hamid.
Beberapa hari lalu, Nisha turut kehilangan bapa tirinya yang meninggal dunia pada Ahad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nisha Dirr