
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, usahawan Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz telah berkongsi ilmu dakwah bersama wargamaya.
Perkongsian secara ‘Live’ di laman Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa itu, PU Riz telah berkongsi pesanan yang pernah disampaikan oleh Rasullah SAW kepada para wanita.
Dalam pada itu, Neelofa berharap perkongsian ilmu tersebut dapat dijadikan sebagai panduan kepada seluruh umat Islam.
“Hari yang istimewa buat kita semua saudara seislam. Alhamdulillah atas sambutan yang cukup baik kalian yang sudi meluangkan masa mendengarkan perkongsian kami.
“Semoga setiap ilmu yang disampaikan akan terus mengalir menjadi saham akhirat dan mampu dikongsikan semula oleh mereka yang mendengar kepada hamba Allah yang lain, insyaAllah. @kasihneelofa,” tulisnya.
Melihat diruangan komen, rata-rata peminat turut memberi pujian terhadap perkongsian Neelofa itu.
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berat Saya Ni 20 Kilogram Saja, Selebihnya ‘Jajan’ Dan Cokelat,” – Dina Nadzir

Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mengakui dirinya cukup gembira dan cuba untuk menjadi versi diri sendiri yang lebih baik.
Lalu tahun ini, dia secara serius cuba mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan secara sihat dengan bantuan serta melakukan perawatan bersama SSKlinic.
Katanya kepada MH, perlantikannya sebagai duta pusat kesihatan itu juga secara tak langsung memberi ruang terbaik untuknya dalam mendapatkan bentuk tubuh lebih ideal.
Katanya kepada MH, dalam tempoh empat minggu sebelum ini, berat badannya berjaya susut sehingga 6 kilogram.
“Saya sangat gembira dan rasa lagi teruja apabila doktor yang pantau saya beritahu, berat saya boleh dikurangkan lagi kalau lebih berdisiplin, makan ikut waktu dan banyakkan minum air.
“Ingatkan 6 kilogram dalam tempoh sebulan itu sudah banyak, tapi katanya saya boleh turunkan lagi. InsyaAllah masih dalam proses dan kalau boleh, saya mahu miliki berat sekitar 80 kilogram, InsyaAllah,” jelas Dina optimis.
Ditanya sejauh mana kesukaran yang dihadapinya sepanjang proses untuk turunkan berat badan, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Cinta Datang Lagi ini akui dirinya amat rindukan makanan segera.
“Ya saya akui sangat rindukan ‘jajan’. Berat saya ni 20 kilogram saja, selebihnya ‘jajan’ dan cokelat,” seloroh Dina.
“Saya tak nafikan memang susah. Bila pergi kedai pada peringkat awal tu, saya ambil kemudian terfikir untuk kurus jadi terpaksa letak balik. Kena kuatkan mental.
“Formula saya ialah, gemar untuk kongsikan apa yang dilakukan sekarang dengan orang sekeliling. Jadi bila berbuat demikian, mereka akan lebih faham dan sensitif dalam soal pengambilan makanan.
“Saya bertuah kerana rakan-rakan pun menyokong. Misalnya di konti kalau kami ada buat ‘potluck’, ada yang akan bawa salad, air mineral dan sebagainya.
“Malah kalau kita terlupa, ada yang akan tegur sama ada makanan yang saya nak makan itu mengandungi gula atau sebaliknya. Mereka pula yang ingatkan, termasuklah ibu,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Dina kini sedang mencari material baru untuk single dan sebolehnya, dia cuba untuk mencari lagu berbeza dari pada yang pernah dinyanyikan sebelum ini demi mencepati cita rasa penggemar muzik semasa.
Foto: Instagram Dina Nadzir.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“B*rit Kau La…,” – Shuib Diselar Acah Main Moto Tapi Hampeh, Geng Motor ‘Berjemaah’ Ajak Individu Ini Ngeteh

Kerap kali berkongsi hobi bermain motor Ysuku bersama teman selebriti yang lain di dan berkongsi di laman sosial, pelawak dan penyampai radio, Shiub diselar individu ini.
Dakwanya, suami kepada penyanyi Siti Sarah itu hanya menggunakan modal tapi tiada pengalaman.
“B*rit kau la ib. Kau dengan geng-geng kau semua satu lancau tak boleh pakai. Acah-acah main motor tapi hampeh. Main motor takat dengan modal, pengalaman hampeh.
“Mat motor bermula dari retro hingga kini. Bukan macam lu dengan budak-budak lu, sampah. Kepala but*,” tulis individu ini di ruangan komen yang ditinggalkan di saluran YouTubenya.
Shuib menempelak teguran kasar tersebut dan menyarankan agar lelaki ini dapat menghubunginya agar dapat bertemu empat mata.
“Komen di You Tube channel video terbaru… Wow lain mcm eh bahasa,,,Klu follow ig aku,tlg dm boleh??? Boleh kenal lebih rapat.
“Apa barang komen2 lari #budibahasabudayakita #shuibchannel,” balasnya.
Ibarat turut sama terpalit, teman selebriti lain tampil memberikan sokongan dan mahu turut sama ‘mengeteh’ sekiranya mereka membuat perjumpaan.
Namun apa yang melucukan, komen mempromosi produk penapis air turut menjadi perhatian.
Kata netizen, penjual ini seorang yang gigih sehingga menerjah ke ruangan Youtube untuk mencari rezeki.
Apapun dalam memberikan teguran secara bertulis, biarlah ada adabnya. Bahasakan jiwa bangsa.
Foto : Instagram Shuib
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Teruja Sama Sebab Ini Anak Pertama Kami,” – Isteri Dijangka Bersalin Ogos, Makin Besar Famili Issey Fazlisham

Tahniah diucapkan kepada hos dan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham yang telah pun berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Noor Aimi kini disahkan hamil empat bulan.
Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, berkata dia berasa syukur dan awalnya terkejut sebaik dimaklumkan mengenai hal itu oleh isterinya.
“Alhamdulillah satu perasaan yang sukar untuk saya gambarkan. Saya agak terkejut dan terharu apabila isteri memaklumkan dia kini hamil.
“Saya dan isteri bersepakat untuk tidak menghebahkan berita ini terlalu awal kerana kandungan ketika itu masih baru.
“Namun selepas membuat pemeriksaan di klinik dan doktor memberikan kad untuk pemeriksaan, barulah saya sedia kongsikannya.
“Walaupun ini adalah kehamilan keempat isteri tapi dia pun teruja sama sebab ini adalah anak pertama kami,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Terdahulu Issey turut berkongsi berita tersebut di Instagram dan akaun rasmi YouTube miliknya sambil merakamkan gelagat spontan tiga anak mereka, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum, dan Cataleya Humairah.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi adalah ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan arwah suami.
Sementara itu, dia yang berasal dari Kelantan turut berkongsi mengenai reaksi anak-anak.
“Kalau dilihat pada video yang dikongsikan memang seperti tiada perasaan atau ‘krik-krik’ tapi selepas itu macam-macam soalan mereka tanya kami.
“Insha-Allah Aimi dijangka bersalin pada bulan Ogos ini. Kami masih belum membuat keputusan sama ada Aimi bersalin di sini atau di kampung halaman kami di Kelantan.” Katanya.
Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi Instagram, para peminat serta rakan artis juga menzahirkan rasa syukur selain menitipkan ucapan tahniah buat dia dan isteri.
Ikuti video penuh pengumuman ahli keluarga baru kepada anak-anaknya di sini;
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI