Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, usahawan Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz telah berkongsi ilmu dakwah bersama wargamaya.

Perkongsian secara ‘Live’ di laman Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa itu, PU Riz telah berkongsi pesanan yang pernah disampaikan oleh Rasullah SAW kepada para wanita.

Dalam pada itu, Neelofa berharap perkongsian ilmu tersebut dapat dijadikan sebagai panduan kepada seluruh umat Islam.

IKLAN

“Hari yang istimewa buat kita semua saudara seislam. Alhamdulillah atas sambutan yang cukup baik kalian yang sudi meluangkan masa mendengarkan perkongsian kami.

“Semoga setiap ilmu yang disampaikan akan terus mengalir menjadi saham akhirat dan mampu dikongsikan semula oleh mereka yang mendengar kepada hamba Allah yang lain, insyaAllah. @kasihneelofa,” tulisnya.

IKLAN

“Moga Tiap Ilmu Yang Disampaikan Akan Terus Mengalir,” – Neelofa & PU Riz Berkongsi Ilmu

Melihat diruangan komen, rata-rata peminat turut memberi pujian terhadap perkongsian Neelofa itu.

IKLAN

“Moga Tiap Ilmu Yang Disampaikan Akan Terus Mengalir,” – Neelofa & PU Riz Berkongsi Ilmu “Moga Tiap Ilmu Yang Disampaikan Akan Terus Mengalir,” – Neelofa & PU Riz Berkongsi Ilmu

Foto: Instagram Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI