Beberapa hari lalu, pelakon dan penyanyi, Aisya Hasnaa ada berkongsi ucapan bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Muhammad Yasir Azizan.
Terdahulu, pasangan yang merupakan kenalan lama ini diijabkabulkan pada 9 Disember tahun lalu.
Lebih bermakna, ulang tahun pertama perkahwinan mereka turut ‘dihadiahkan’ dengan rezeki anak apabila bintang itu turut memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.
Meski tidak mendedahkan usia kandungan, namun pengumuman yang dibuat menerusi Instagram itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat.
“Happy anniversary my dearest love. There’s never been a dull day since you’re around. I’m truly grateful to Him for blessing me with you and the people around us. You are everything I prayed for and more. May He grant us a place in jannah together. I love you Yasir, my best part of everyday. .
“In conjunction with this beautiful day, we’d like to share this bit of news with all of you. Another gift He’s blessed us with. Alhamdulillah.. SWIPE LEFT!!,” tulisnya.
Apapun, tahniah dari MH buat pasangan sama cantik padan ini. Nyatanya, dia menjadi hadiah ulang tahun perkahwinan paling bermakna buat mereka.
Foto: Instagram Aisya Hasnaa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI