“Mohon Doa Semua, Kesian Baby…,” – Kena Appendix Sampai Tak Boleh Gerak, Uyaina Arshad Selamat Dibedah

Share

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan dirinya telah terpaksa menjalani pembedahan mengejut selepas diserang appendix pada Isnin.

Menurut Uyaina, pada ketika itu, keadaan perutnya berasa sangat sakit sehingga menyukarkannya untuk bergerak.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram sebentar tadi.

“Syafakillah Uyaina dan Baby. Semalam Uyaina baru je kena operate sebab Appendix. I’m lucky sebab Appendix tu belum rupture. Kalau tak, tak tahu lah.

“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat-sangat belah bawah kanan perut. Sakit yang tak boleh gerak tu. Kalau gerak lagi sakit,” tulisnya.

Dalam pada itu, Uyaina meluahkan rasa lega selepas pembedahan tersebut telah berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang komplikasi.

“Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk check up. Dr terus tahan ward.
“Alhamdullilah operation semalam pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua doktor dan nurse di @avisenaspecialisthospital sebab jaga Uyaina sebaik mungkin,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, pengacara program, Wanita Hari Ini itu turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan dirinya dan juga kandungan.

“Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat dan semoga baby sihat. Kesian Baby. Aaminn,” pintanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut meluahkan rasa risau selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Uyaina.

“Allahuakhbar Adik . Syafakillah sayang ku,” balas pelakon, Siti Elizad.

“Syafakillah my dear and baby,” komen pelakon, Vie Shantie Khan.

“Semoga Allah permudahkan segalanya. Sayang Uyaina,” respon pelakon, Fify Azmi.

“Saya mendoakan semoga awak cepat sihat dan kembali pulih,” balas pelakon, Sangeeta Krishnasamy.

“Saya doakan untuk awak dan juga keluarga. Semoga terus kuat,” kata penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha.

Terdahulu, Uyaina baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan cahaya mata sulungnya pada awal bulan lalu.

Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran telah mendirikan rumahtangga mereka pada tanggal 21 Disember 2021 dalam majlis yang berlangsung di Colony Star Boulevard, KLCC.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad

Published by
Aizam Manaf