Produser dan gitaris, Edrie Hashim memaklumkan anak sulungnya, Darren Haikal yang juga merupakan pengidap autistik akan menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, petang ini.
Menurut Edrie, pembedahan tersebut terpaksa dibuat bagi mambuang ketumbuhan di bahagian usus perut anaknya itu.
Pelakon Linda Hashim mendedahkan dia belum berhadapan dengan masalah poligami seperti isu yang sedang hangat diperkatakan dalam media sosial sekaligus tidak boleh untuk mengulas panjang mengenai hal berkenaan.
Maklum Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 39, suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Beego tidak menduakan dirinya sejak mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun lalu.
“Saya tak boleh nak komen lebih sebab Beego tak pernah menduakan saya. Kita ada masalah lain… misalnya situasi komunikasi. Jadi tak boleh nak komen lanjut.
“Akan tetapi pada sayalah, situasi itu (isu suami cari wanita lain) benda itu beratlah. Cuma kalaulah ia terhadi kepada saya, tak boleh nak buat apa sebab berkahwin dua tidak dilarang dalam Islam.
“Dia (lelaki) boleh buat sekiranya mampu, jadi kalau saya nak ‘berperang’ pun, tapi kalau suami mampu, untuk apa?
“Bukan tempat saya untuk berperang, melainkan kalau ada benda lain yang tak sepatutnya… itu berbezalah. Soal ini saya tak boleh nak cakap lebih,” katanya.
Linda ditemui pada majlis Santai Selebriti Bersama Mufti Selangor di kediaman pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham, di Shah Alam, pada Khamis.
Sebelum ini, Linda dan Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 43, mengesahkan mereka pernah bercerai talak satu pada 27 Mac lalu, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April lalu.
Ditanya keadaan rumah tangganya sekarang, Linda senang untuk tidak terlalu berkongsi lebih, memadai jika semua mengetahui mereka kini sudah kembali bersama.
“Setakat semua tahu, kami sudah kembali bersama. Itu sahaja yang saya boleh kongsi. Sudah tiada apa yang saya perlu kongsi mengenai keluarga saya.
“Ketika kami mahu berpisah, tiada siapa yang tahu. Sebabnya saya tidak bercerita dan bukan jenis saya bercerita kepada semua. Jadi bila orang tahu pun sebab tertahu.
“Itu pun tahu bila kami sudah rujuk balik. Waktu itu, hanya itulah saja saya bercerita mengenai rumah tangga. Doakan yang baik-baik, alhamdulillah.
“Tapi, saya akui memang ada berbeza keadaan sekarang berbanding dulu. Mungkin sebelum ini kami kurang komunikasi dan sudah perbaiki kekurangan,” katanya.
Mengakui ia suratan jodoh dan anak-anak menjadi kekuatan, Linda dan Beego juga dilihat memilih untuk tidak membuat sebarang perkongsian berhubung masalah yang berlaku di media sosial.
“Kekuatan itu ada pada anak-anak dan jodoh. Harapnya agar rumah tangga ini berkekalan dan semuanya okay, insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Azhar Sulaiman berbangga terhadap kejayaan anak-anaknya iaitu, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.
Kongsinya, anak gadisnya itu telah berjaya mendapatkan lesen memandu JPJ manakala anak lelakinya pula difahamkan lulus ujian lesen kapal layar.
“Syukur Alhamdullillah.
1- Tahniah Leona sebab dah Lulus her JPJ driving Test. Harap staff JPJ tidak dipukau dengn her Tiktok tadi.
2-All the best Rees for your Skipper License Test/lesen bawak kapal layar next week. Semoga you akan ada duit untuk beli Kapal sendiri one day nanti. Jangan gi belayar tak pulang pulang sudah,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen,rata-rata turut berbangga dengan pencapaian kedua-dua remaja berkenaan.
Untuk rekod, Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.
Foto : Instagram Azhar Sulaiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Dr. Diddy Hirdy menyifatkan lagu Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Allahyarham Ibnor Riza mempunyai kesan yang amat besar buat kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Menurut Diddy, tuah lagu tersebut telah mengangkat namanya sewaktu menyertai program nyanyian popular Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4).
“Lagu bertuah untuk saya, Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Ibnor Riza. Dinyanyikan di Konsert Prelude AF4.
“Memang gemuruh habis masa ni tapi berjaya melayakkan Diddy dipilih menjadi Top 12 AF4 tahun 2006.
“Sampai sekarang masih lagi menjadi antara lagu yang selalu direquest oleh client/peminat bila show,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Diddy menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Terdahulu, Allahyarham Ibnor Riza telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada Selasa.
Allahyarham Ibnor Riza dilaporkan kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Dalam pada itu, Diddy turut memaklumkan dirinya amat terkesan selepas mengetahui tentang pemergian Ibnor Riza.
“Terima kasih Allahyarham Ibnor Riza untuk karya evergreen ini. Manfaatnya besar untuk diri saya sebagai anak seni.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Diddy merupakan salah seorang peserta AF4 sezaman dengan Faizal Ramly, Haziq Rosebi dan Salima Habibi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Diddy Hirdy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di...