“Mohon Doa Untuk Anak Syurga Saya Ni,” – Anak Akan Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan, Edrie Hashim Mohon Doa

Share

Produser dan gitaris, Edrie Hashim memaklumkan anak sulungnya, Darren Haikal yang juga merupakan pengidap autistik akan menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, petang ini.

Menurut Edrie, pembedahan tersebut terpaksa dibuat bagi mambuang ketumbuhan di bahagian usus perut anaknya itu.

“Hari ni 3pm Darren @darrenhaikaledrie akan menjalankan operation untuk membuang ketumbuhan dalam usus dia,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas gitaris kumpulan, Projek Pistol itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Dalam pada itu, bapa kepada dua orang anak ini turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan semoga pembedahan anaknya itu berjalan dengan lancar.

“Mohon doa kawan-kawan untuk anak syurga saya ni, moga operation berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya… Aamin YRA,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat Darren.

Terdahulu, Edrie dan isterinya, Patricia Robert telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 Februari 2002.

Selain Darren, Edrie juga mempunyai seorang lagi anak yang turut mengidap autistik yang diberi nama, Dylan Haidar.

Sumber: Instagram Edrie Hasyim

Published by
Aizam Manaf