Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menjelaskan mengenai dakwaan dirinya sudah diceraikan pelakon berkenaan.
Shuhada yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata, enggan mengulas lanjut perkara itu dan memohon diberikan ruang, lapor Harian Metro.
“Saya minta maaf, buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsikan lagi. Cuma, saya mohon doakan semoga hati saya dan anak-anak reda, insya-Allah. Selebihnya, tunggulah 1 Mac ini,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu, bersaksikan keluarga mereka.
Difahamkan, Shuhada bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai itu pada 1 Mac.
Imbas kembali, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.