Pelakon, Beto Kusyairy mengakui berasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang sehingga kini masih mengambil mudah penularan wabak Covid-19.

Jelas Beto, dia berharap agar golongan ini dapat berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu yang hanya mampu mencetuskan kekeliruan orang ramai.

Katanya lagi, dia juga berasa sedih apabila memikirkan mengenai jumlah nyawa yang telah diragut oleh wabak ini saban hari.

“Yang perlekeh duk kata Covid-19 ni tak bahaya dan cuma propa malah menyebarkan pula info-info tidak benar. Mohon jangan benak sangat. Tolong.

Ads

“Berbilang dah yang hilang ayah, ibu, saudara. Lebih menyedihkan, waris tak berpeluang nak uruskan jenazah mereka. Allahuakbar. Al Fatihah,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Istanbul Aku Datang itu menerusi beberapa ciapan di laman Twitter peribadinya.

“Mohon Jangan Benak Sangat, Tolong…,” – Masih Ada Anggap Covid-19 Ini ‘Propa’? Reaksi Jujur Beto Kusyairy Memang Padu! “Mohon Jangan Benak Sangat, Tolong…,” – Masih Ada Anggap Covid-19 Ini ‘Propa’? Reaksi Jujur Beto Kusyairy Memang Padu!

Ads

Dikesempatan itu juga, Beto turut mengingatkan orang ramai supaya terus patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan agar kita sama-sama dapat memutuskan rantaian pendemik ini.

“Jaga kebersihan, kekalkan penjarakkan jika terpaksa keluar, guna pelitup muka yang betul atau elakkan terus dari keluar rumah. Bertahan.

Ads

“Jangan ambil mudah. Ini virus berjangkit. Kau dan aku mungkin mampu nak tanggung. Tapi kalau berjangkit pada mak ayah orang lain akibat kebenakkan diri?,” ujarnya lagi.

“Mohon Jangan Benak Sangat, Tolong…,” – Masih Ada Anggap Covid-19 Ini ‘Propa’? Reaksi Jujur Beto Kusyairy Memang Padu!

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut berharap agar keadaan dapat kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber: Twitter Beto Kusyairy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI