“Mohon Jangan Tanya Siapa Yang Masuk, Akak Bosan!,” – Tok Ram Yang Juri, Tapi Alyah Kena ‘Gasak’ Soalan Pasal GV

Share

Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia sering diajukan pertanyaan setiap kali program realiti, Gegar Vaganza akan bersiaran untuk musim terbaru.

Menurut Alyah, bukan semua hal yang berkaitan mengenai suaminya, Datuk Ramli MS yang sebelum ini menjadi ketua juri sepanjang GV bersiaran dia perlu ambil tahu.

Lebih lucu, ada juga yang pernah memintanya tiket untuk menonton program tersebut secara langsung.

“GV? Memang kerja aku ke haaa? ADOI. Setiap kali GV nak dekat ramai betol yg bertanya itu dan ini kepada diriku. Memang aku ada share kat situ ke?

“Sebelum ni lagilah siap suh dapatkan tiket lagi. Memanglah tokram tu kat GV tapi bukan semua benda atau pekara aku kena ambik tahu dher,” jelasnya.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Thank You Allah ini menerusi muat naik di Instagram yang dikemas kini.

Malah Alyah turut meminta untuk tidak bertanya mengenai penyanyi mana yang akan bersaing untuk musim kali ini.

“Mohon jgn tanya lagi siapa masuk GV akak Boshannnn. Kang akak yg masuk baru tahu. Tapi yg pasti akak yg akan keluar dulu sbb laki akak dalam tu (yang ini melawak ja, yang atas tu serious ok).

“Kaau hati anda masih gusar nak tahu jugak pasal GV p call hotline Astro, sekian,” tulisnya sambil disusuli dengan emoji ketawa.

Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian wargamaya yang turut sama terhibur dengan kapsyen humor yang ditulis bintang berkenaan.

Foto: Instagram Alyah

Published by
MH