Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman memaklumkan dirinya bakal menjalani prosedur rawatan dan terpaksa ditidurkan.
Perkhabaran itu dimaklumkan Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil menerusi entri terkini di laman Instagram, sebentar tadi
“Assalamualaikum semua. Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya nak mohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata dan perbuatan saya yang pernah menyakiti korang. Doakan urusan saya hari ini dipermudahkan ya.
“Hari ini sangat penting buat saya. Saya akan menjalani prosedur di mana saya akan ditidurkan seketika,” tulisnya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Mungkin Kamu itu tidak mengulas lanjut mengenai prosedur yang bakal dijalaninya.
Malah, dia juga memohon jasa baik semua pihak untuk memberikan ruang dan tidak bertanyakan mengenai perkara tersebut kepada orang tuanya.
“Saya amat menghargai jasa baik anda untuk tidak bartanyakan lebih lanjut mengenai perkara ini kepada kedua ibu bapa saya. Terima kasih kerana memahami. Semoga Allah memberkati kalian semua. Jumpa lagi insyaAllah,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti agak terkejut selepas mendengar perkhabaran tersebut selain turut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja buat Sissy.
“Semoga dipermudahkan segalanya. Awak kuat.
Ads
“Semoga Allah memberikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan segala urusan.
“God bless you and speedy recovery.
“Comeback stronger Sissy,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Apapun, kami di MH mendoakan semoga prosedur tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada pelakon Emma Maembong, Muhammad Shazli Azhar mengesahkan isterinya itu telah pun selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu.
Berita gembira tersebut di kongsi Shazli menerusi satu hantaran terbarunya Instagram awal hari ini.
“Alhamdulillah, 8.11.20 Allah is the greatest. Baby boy,” tulis Shazli ringkas.
Menerusi pautan video pendek yang sudah pun ditonton lebih 100,00 kali itu, pada peminat tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.
Malah, ucapan sama turut diberikan rakan selebriti pada ruangan komen.
Pendedahan tersebut sekaligus menamatkan tanda tanya mengenai desas-desus Emma yang dilaporkan sudah bersalin sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang kini sudah bergelar pelakon, Khai Bahar telah membuat kejutan istimewa sempena hari jadi rakan artis, Siti Nordiana atau sinonim dengan panggilan Nana.
Bintang wanita itu menyambut ulang tahun ke-35 hari ini.
Lalu, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkongsi momen istimewa itu di akaun Instagram.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu Bayang itu telah menghadiahkan sebiji kek dan sekotak coklat kepada Nana.
Dalam pada itu, Nana juga dilihat ada meninggalkan reaksi comel di ruangan komen entri terbabit.
“Tq baby,” balas Nana ringkas.
Lantas, komen tersebut telah menjadi perhatian peminat dan rata-ratanya turut memberikan dedikasi buat Nana sempena hari jadi.
Dalam perkembangan lain, Nana telah bergandingan Khai Bahar menerusi drama Satukan Rasa yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Malah single yang turut mengambil tajuk sama juga berjaya disenaraikan sebagai antara 30 buah lagi yang bersaing di Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun ini.
Video: Instagram Khai Bahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mendedahkan suaminya, Nabil Mahir setiap malam akan menyapu minyak pada bahagian perut serta beberapa bahagian lain sebagai persediaan buatnya bersalin anak pertama.
Menurut Ayda, perkara tersebut dilakukan pada bahagian yang berkemungkinan akan meninggalkan kesan ‘stretch mark’ sejurus bersalin.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Mata ini menerusi sesi Ask Me Question di Instagram, sebagai menjawab pertanyaan peminat.
“Suka. And dia akan sapu oil dekat my tummy and mana-mana je part yang ada possibility akan ada stretch mark nanti, setiap malam.
“He wuw me so much @nabilmahir,” tulisnya.
Selain itu, beberapa pendedahan lain turut dikongsikan secara santai oleh Ayda.
Antaranya ialah Nabil bukanlah seorang yang kuat cemburu.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dan usia kehamilan Ayda sudah pun memasuki bukan ke lima.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!