Penyanyi, Nourul Depp sekeluarga berada Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Bali, Indonesia, awal hari ini.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini menerusi media ada memaklumkan bahawa dia sekeeluarga bakal berhijrah dan menetap di Bali.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab meluahkan rasa syukur kerana semua urusannya dipermudahkan.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 44 tahun ini turut menitipkan ucapan selamat tinggal dan terima kasih buat para peminatnya.
“Alhamdulillah. Selamat check in. Terima kasih semua yang mendoakan. Tak kudah berjalan dengan anak kecik. But Allah mudahkan.
“Kami nak ucapkan terima kasih kat semua pekerja di airport and all imigresen staff di malaysia. Love you all,” tulisnya.
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin pada Jumaat berkongsi perbualannya bersama penyelia tanah perkuburan dengan bertanya status menziarah pusara arwah suami serta anaknya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi yang sinonim dengan lagu Di Persimpangan Dilema ini memuat naik pusara ahli keluarganya yang telah pergi mengadap Illahi.
Menurut Nora, penyelia berkenaan memaklumkan aktiviti menziarah kubur masih tidak dibenarkan berikutan prosedur operasi standard (SOP) semasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang masih berkuatkuasa.
“Salam Jumaat. Text saya kpd penyelia tanah perkuburan bukit kiara.
“Saya: Salam ust, maaf saya nk tanya utk kepastian, incase saya tertinggal latest info. Kubur mmg masih tak boleh ziarah ye? Atau ada masa2 tertentu.?
“Penyelia: Ye, betul puan, mmg masih tidak boleh ziarah.
“Saya: Ya Allah sedihnya, padahal kubur bukannya ramai org kan…
“Peyelia: Maaf puan, hari2 ada jenazah covid masuk 4-5 org sehari. Mmg ramai yg masuk
“Saya: Allahuabar..ok ok saya faham. Terima kasih ust.
“Moga memberi kesedaran pada kita semua. Fikir-fikirkanlah,” tulisnya.
Perkongsian syahdu Nora turut disusuli dengan ucapan takziah serta doa daripada para pengikutnya di ruangan komen.
“Baru tahu nape x boleh ziarah kubur.. kadang trtnye jgk nape x boleh ziarah.. t.ksh bgtau kak .. Al-Fatihah (dibaca),” tanya seorang peminat.
“Sis, kamu seorang wanita yang kuat ya. Saya adore dengan kamu. Semoga Tuhan kurniakan kekuatan kepada kamu selama nya. Be strong Datuk Nora,” tulis seorang warganet yang lain.
“Sbr ye kak…sy jgk senasib..menantikan kebenaran ziarah kubur arwah suami & ank,” luah lagi seorang peminat,” tulis seorang lagi warganet.
Imbas kembali, Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Arwah Johan telah menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2017 akibat serangan sakit jantung.
Selepas itu, anak keduanya Muhammad Syakir Alif meninggal dunia pada 14 Disember 2019 ketika usia 20 tahun, salam takziah.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Hanya kerana satu Alif, semua Aliff terkena tempiasnya’. Mungkin itu yang boleh disimpulkan apabila rata-rata selebriti lelaki yang mempunyai nama awal sama dengan bintang kontroversi itu turut sama menerima tempias kritikan ramai.
Selepas kontroversi yang melanda penyanyi Aliff Aziz mengenai kes kecurangannya semalam, netizen juga mulai ‘usik nakal’ usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
Tidak tahan dengan komen tersebut, Aliff
telah memuat naik video di Instagramnya, siap dilampirkan sama poster wajah Aliff Aziz!
“Korang tau beza tak org ye?? tolong jgn salah komen kat page org lain
“Disebbkan ramai orang komen jadi saya bagi penerangan pada semua.. jom saya ajar ini perbezaan sya dan aliff aziz…
“Cuba tengok gambar betol2 kan berbeza hidung,gigi, mata smuaa …. saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian natizen setiap kali posting saya… hmm doakan baik2 utk beliau,”tulisnya.
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...